Pages

Sunday, December 1, 2013

kucing sakit

sedih sungguh bila tengok kucing saya yg sakit terlantar je. baru minggu lepas rasa agak gembira sebab dia bah boleh bangun, berlari.. tapi tak tau mana silapnya selepas beberapa hari, dia jadi lemah dan tak boleh bangun semula.

luka di telinga pun macam tak ada perubahan. merah berdarah, berair. kalau tengok pada simptom2 macam kena sporo. mulanya luka kecik je atas belakang dan hujung telinga. saya ingatkan luka atau kudis biasa. dah di cuci, letak ubat tapi bukan makin kering, tpi makin berdarah, makin bengkak kat telinga. yg atas belakang pun sama. mula saya ingat pasal bengkak tu dia tak boleh bangun. saya sapu dengan ubat gigi fresh n white. tp ok juga.. bengkak tu semakin surut, lepas tu dia boleh bangun dan jalan.. sekarang atas belakang tu dah surut dan luka pun nampak kering tapi still tak boleh bangun. sedih saya melihatnya..

yg kat telinga pulak asal2 nya kecik macam mata pen je.. tapi makin lama makin besar. dia duk garu luka pula kat mata. saya cuci, letak ubat luka, minyak gamat pun tak baik lagi besar juga. pastu tengok ada lg kat ibu jari kaki. makin lama makin bengkak, berdarah no matter letak ubat apa. basuh dgn air gamat sapu dgn minyak gamat, letak ubat luka yg kalau letak kat org yg luka berdarah teruk boleh baik dgn cepat pun tak jadi juga. pergi vet, kena injection pun macam tu aje.. kemudian jangkit lg kat hidung, bengkak dan berdarah pula kat situ. ringkasnya, jika ada luka je terus jadi merebak. macam kencing manis pulak

macam-macam ubat dah saya bagi, air zam-zam, minyak gamat jgn cerita la.. abis sebotol lebih. baca kat internet org kata habbatus sauda, pun cuba juga.pastu beli seaweed utk pets untuk saraf sebab dia tak boleh bangun tp susahnya nak bg dia mkn. sekarang ni saya cuba pula dengan transfer factor. semalam baru cuba. hari ni luka tak nampak lg perubahan. tak boleh bangun lagi..zaniton pun beli tp tak bagi lg.. Insyaa Allah esok pg pulak. saya sungguh sedihlaaa.. i can't stop my tears!

sebenarnya sebelum yg ni, ada 2 ekor yg kena.. tp bila cuci, letak minyak gamat sekejap je tak sampai seminggu dah baik. tp yg ni tak sangka betul sampai melarat mcm ni

Semoga dengan kebesaran rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T, kucing saya pulih semula..


Friday, November 1, 2013

Kucing ku sakit

Terseksa jiwa ni tengok kucing saya sakit.. sebelum ni naik kudis je dah 2 minggu tak kering2.. even dah cuci, letak ubat pun tak kering jugak. sebelum tu 2 ekor kena kudis, tp kejap je tak sampai seminggu dah elok kering tunggu tumbuh bulu je. ni dah mcm2 ubat.. air gamat, minyak gamat, ubat kat vet pun tak jalan. tapi takat kudis tu takla rasa sedih sangat sebab makan selera, boleh jalan2 lagi boleh main2 golek2.. tapiiii ni dah macam lumpuh pulak... langsung2 tak boleh bangun. kaki belakang 2-2 belah mcm tak boleh tampung badan langsung tak boleh berdiri. Nampak macam tak bengkak pun. tak luka.. dah 2 hari macam tu tergolek je. kencing pun atas karpet. nak kurung kesian.. mujur makan ada selera lagi.. tapi nak bg makan byk kot dia nak gi membuang nak gi ke;luar pulak.. sedih sedih sedih.. dah gi inject kat vet..tp so far takde perubahan..


Ya Allah.. sembuhkanla penyakit kucing ku.. berilah kekuatan kepadanya.. berilah dia dapat berjalan semula.. hilangkanlah penyakitnya dan sembuhkanlah, Engkau adalah asy-Syaafi (Yang Maha Penyembuh), tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan (dari)-Mu, Aamiinnn
 hilangkanlah penyakit ini dan sembuhkanlah, Engkau adalah asy-Syaafi (Yang Maha Penyembuh), tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan (dari)-
hilangkanlah penyakit ini dan sembuhkanlah, Engkau adalah asy-Syaafi (Yang Maha Penyembuh), tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan (dari)-Mu
hilangkanlah penyakit ini dan sembuhkanlah, Engkau adalah asy-Syaafi (Yang Maha Penyembuh), tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan (dari)-Mu
hilangkanlah penyakit ini dan sembuhkanlah, Engkau adalah asy-Syaafi (Yang Maha Penyembuh), tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan (dari)-Mu

Dari artikel 'Asy Syaafi, Yang Maha Penyembuh — Muslim.Or.Id' hilangkanlah penyakit ini dan sembuhkanlah, Engkau adalah asy-Syaafi (Yang Maha Penyembuh), tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan (dari)-Mu

hilangkanlah penyakit ini dan sembuhkanlah, Engkau adalah asy-Syaafi (Yang Maha Penyembuh), tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan (dari)-Mu

Friday, October 18, 2013

Red velvet


dah lama sebenarnya buat kek ni.. resepi asal yang saya jumpa

RED VELVET CAKE

bahan:

1 1/4 cawan tepung diayak
1/2 sk baking powder
1/2 sk garam
1 sb serbuk koko
1 sb pewarna merah
1/4 cawan butter (55g)
3/4 cawan gula
1 telur
1/2 sk vanilla extract
1/2 cawan buttermilk - 1/2 cawan air susu + 1/2 sk cuka
1/2 sk cuka
1/2 sk baking soda

Cream cheese frosting
125g cream cheese
50g unsalted butter
75g gula
1 cup fresh cream

cara:
1. pukul butter dan gula hingga kembang
2. masukkan telur dan esen vanilla, pukul lagi
3.masuk buttermilk, serbuk koko, pewarna, garam. kacau sebati
4. masuk tepung + garam, sedikit demi sedikit sambil kacau sebati
5. dalam bekas lain, campur cuka dan baking soda, kemudian masukkan ke dalam adunan tadi.
6. masuk dalam loyang, bakar.


cara cream cheese:
putar cheese, butter dan gula hingga sebati. kemudian masukkan fresh cream. pukul lagi dalam 2 minit atau hingga kental. jangan lama sangat nanti fresh cream tu mcm cair



sebenarnya banyak versi saya jumpa. salah satu kat fb jom masak.

- 2 1/2 cwn gandum...sy guna gandum biasa *
- 2sdb serbuk koko*
- 1sdt baking powder*
- 1sdt soda bikarbonat *...resepi asal x ltk** ayak skali

- 1 1/2cwn ssu segar bancuh ngan 1sdb jus limau nipis @ lemon...biar dlm 7-10min...nk guna nnti...kacau sebati(nk ganti buttermilk)

- 1 1/2cwn gula kastor....
- 150g butter **edit (sblm ni 120g)
- 3biji telur B **edit (sblm ni 2biji)
- 1sdt esen vanila
- 2sdb pewarna merah
- 1sdt baking powder
- 1sdt cuka makan

Cara-Cara :
- mix sebati gula ngan butter bg kembang...masukkan telur satu persatu...mix lagi kembang...masukkan esen vanilla
- masukkan tepung gndum yg dah ayak tu....selang seli ngan ssu segar yg dah cmpur cuka tu....mix lagi sebati...wat selang seli...smpai abis tepung tu
- masukkan pewarna merah...kacau sebati ngan senduk
- satukan baking powder ngan cuka makan....kacau bg berbuih....cepat2 masukkan dlm adunan...gaul sebati ngan senduk je....
- masukkan adunan dlm loyang 8 yg dah di griss...atau dah alas baking paper
- bakar dlm oven yg dah dipanaskan...suhu 170...40min...api atas bawah

cara wat cream....ni cara saya
- 250g cream ciz (biar suhu bilik tp jgn lembik sgt...potong kiub kecik2 sblm mixer)
- 2sdb buttercup
- 2cwn fresh cream ( yg blm di pukul )

cara cara
- mix dulu cream ciz, butter, hingga lembut...masukkan fresh cream (cair)....mix lagi sebati....boleh sapu pada kek cara nk layer kek....kek dh sejuk...potong...sapu cream


 - so atas italic ni dari versi jom masak


tapi kat atas tu resepi asal.. malas nak step2 bagai saya hentam je pakai resepi kek span.. tp sebab menghormati kek red velvet ni pakai buttermilk so saya tambah la cuka dalam adunan kek span tu. cara saya:

red velvet - versi malas
a:
250 g tepung mix span
4 biji telur

60 ml air + 2sk susu pekat + 1/2 sk cuka - biarkan 10 minit
1 1/2 penutup pewarna merah (saya guna star brand)
1 sb serbuk koko
1 sk esen vanilla

b:
60 ml minyak

cara:
1. satukan bahan a dalam bekas, kemudian pukul sampai kembang
2. masukkan minyak, kacau sebati. kemudian masuk dalam loyang dan bakar

senang kan... bau dia memang harum betul masa masak.

untuk cream cheese:
250g cream cheese
50g buter
250 ml whipping cream
75g gula halus (3 sb penuh)

putar cheese, butter dan gula hingga sebati. kemudian masukkan fresh cream. pukul lagi dalam 2 minit atau hingga kental




sedap jugak.. dalam seminggu 2 kali buat. licin...






kek coklat moist

dah lama tak buat kek coklat. dulu suka buat tp sekarang ni cam dah tak berapa suka kek hitam-hitam ni. tapi bila dah buat, sedap jugak..

tadi buat resepi ni..

kek coklat moist



A:
1 cawan serbuk coklat + 1 cawan gula +  1 cawan air = masak hingga gula larut dgn api perlahan. Sejukkan

B:
250 gm butter
1 1/2 cawan tepung
4 biji telur
3/4 cawan gula halus
esen vanilla

cara:
1. Pukul butter dengan gula hingga kembang
2. masukkan telur dan esen vanilla, pukul lagi
3. masuk tepung, kacau sebati
4. masukkan adunan A, kacau sebati
5. masuk dalam loyang. boleh bakar atau kukus


lagi 1 ni ambik dari internet

1 3/4  tepung gandum
2 sk soda bikarbonat
1 sb baking powder
1 cawan gula halus
3/4 serbuk koko
1 cawan buttermilk (1 cawan air susu + 1 sb cuka, biarkan 10 min)
1/2 cawan minyak
2 biji telur
esen vanilla
1 cawan kopi panas yang dibancuh

cara:
1. satukan bahan kering - tepung kek, koko, soda bikarbonat dan baking powder
2. dalam bekas lain, pukul buttermilk, telur, minyak dan esen vanilla
3. masukkan adunan bahan kering tadi dalam adunan no. 2, kacau perlahan
4. kemudian masukkan air kopi panas yang baru dibancuh, kacau perlahan hingga sebati
5. masuk dalam loyang, boleh la bakar dalam 45 min
sedap juga resepi ni.. senang pun senang, tp sometime saya suka yg pakai butter tu rasa lg lemak. rupa atas kek memang tak brp cantik.. tp boleh aje letak mekap.. untuk toping biasa saya buat,

2 sudu besar penuh2 coklat + susu pekat 2 sudu besar, sedikit air. kemudian masak sampai likat. kemudian angkat dan curah je atas kek, tabur dekat coklate rice..

tapi 2-2 atas tu tak buat pasal mim-alif-lam-sin.

resepi bawah ni org bagi.. tapi tak pernah buat lagi. KIV dulu ler



Monday, June 3, 2013

Kek Pandan Layer

Sebelum ni pernah cuba buat kek pandan layer ni.. ambik resepi yang pakai totally santan/susu cair. Tapi masa tu buat guna susu cair dan kastad.. yg tu memang tak boleh nak terima kat tekak saya. muak!! saya suka susu.. tp yg resepi tu memang tak boleh nak lalu. at the end, jadi rezeki ayam.

surf punya surf internet, terjumpa resepi yang saya rasa cam ok.. lepas tu cuba lagi sekali. Alhamdulillah menjadi dan saya n family boleh makan la.. dan sedapp.. Thank you pada tuan punya resepi puding. Kek saya ambik dari resepi orang lain. Guna mix sponge je. Dulu rasa cam tak best je guna tepung yg dah ready ni.. cam tak adventure kononnya... tp bila dah buat, eh senangnya... rasa nya buat jemput2 lagi cerewet. so, lepas ni saya guna tepung yang dah ready tu jela.. senang!



Kek Span

Bahan A:
250 g tepung kek span
4 biji telur
60 ml susu cair/air
perasa pandan (saya suka rasa vanilla je)
1/2 sudu besar ovellete

Bahan B:
60ml minyak

Cara:
masuk semua bahan A, pukul sampai kembang. Kemudian masuk B, gaul kaup balik sampai sebati. Kemudian bakar.

*saya terbaca tips, tak payah gris dgn mentega ke tepung kat tepi dulang, guna je kertas minyak supaya  kek tak turun. Tapi memang senangla pakai kertas tu, nak tarik kuar kek tu senang, tarik je kuar kertas, kuarla kek tu.

Kastad Pandan:

Bahan A.
180 gm gula castor
500 gm air daun pandan
10 gm halal instant jelly powder

Bahan B
400 ml santan
85 gm tepung hoen kwee
1 sudu teh pewarna hijau
Secubit garam
Hiasan : 1/2 cawan kelapa kering



Campur Bahan A ke dlm periuk, masa atas api sederhana dan kacau. 
Apabila mendidih masukkan pula bahan B.  Kacau hingga pekat.
Angkat dan kacau sehingga suam.
kemudian, layer la atas kek yang di bahagi 2-3.
Masuk dalam peti, sejukkan
kemudian boleh hias dengan kelapa kering


* resepi kastad saya ambik kat sini http://gee-hut.blogspot.com/2012/06/kek-pandan-layer.html. terima kasih tuan blog kerana kongsi resepi

Friday, April 19, 2013

Tragedi taik ayam

Pagi sabtu yang lepas, pagi-pagi nak bagi ikan guppy dalam pasu makan, tetiba terbau taik ayam.. mak saya tak bela ayam. ntah ayam sesat mana duk tido situ malam tu duk berak pulak. sekali tengok tepi pasu, taik ayam tu jatuh dalam pasu ikannn!!! arghhh tension giler @_@   T_T . abis la ikan akuuu!

Pastu cepat2 tukar air tapi memang dah tak berharap mana. sebab dah semalaman kot duk dalam air taik ayam. Geram tul tengok ayam tu. Kalau ayam sendiri memang kena gulai la ayam tu! tapi difikir2 bukan salah ayam tu. in fact kesian plk. jinak ayam tu. Jiran sebelah ni kata ada org bagi ayam kat anak dia. Dia pulak tak duk sini duk rumah lagi satu. Rumah sini rumah arwah mak dia so bawak ayam sini. Apa punya orang. Dah tak boleh bela tak payahla ambil. ni ayam tu duk merata berak merata makan merata.

guppy2 tu, tak sampai 2 jam abis padam semua. sedih tul tgk anak-anak guppy semua mati. banyak tu! sedih..sedih...

*pic dari google

Thursday, March 28, 2013

Penangan Candy Crush

Sesungguhnya saya telah terjebak dengan games candy crush kat fb. teruk sungguh! semua gara-gara kesian.. ya.. kerana kesian kat kawan-kawan yang mintak "life" dan tolong "board" maka saya pun terjebak sekali! dan akhirnya saya pula yang asyik mintak tolong dari kawan2.. takpela dari bright side, bersilaturrahim.. mengeratkan ukhwah :)

dalam byk2 level so far , stuck paling lama kat 97 .. siap cari trick kat internet punya bersungguh, mcm nak siapkan assignment! tapi bila duk teliti balik rupanya mmg ada trick di situ.. caranya pecahkan time bomb byk2 pasal score paling banyak kat situ.. tapinya baru level 109 pun..

macam mana pun, saya mengucapkan tahniah kepada programmer yg berjaya develop games yang menyebabkan ramai yg addict termasuk saya! harap2nya tak la lama addict nya
 * pic google

Sunday, March 24, 2013

Nikon D90

Satu sikap buruk saya.. suka memiliki tapi bila ada tak guna sangat pun.. saya dah ada satu dslr olympus e-450 dgn 2 kit lens.. jarang je gunanya, setahun ntah brp kali je kuar dari beg. outing pun tidak. dah lama jugak ni rasa teruja pulak nak D90, tapi tak terbeli lagi.. menahan diri, yela buat apa membazir, yg tu pun tak guna so abaikanla dulu
Saya teringat sorang kawan.. dulu dia sihat, skrg pun sihat jugak tp kadang2 kurang sihat sejak dia kena sawan. sejak hari tu jd batuk2 dan kadang2 kena sawan lg. Dulu dia berhajat nak beli dslr tapi tak terbeli lg masa tu. 2-3 hari yang lepas dia dah beli 1, canon EOS.. saya terfikir mungkin dia nak memenuhi hajat sementara sihat ni.. menikmati nikmat hidup yang sementara.. akan datang pun harap2 dia lebih sihat dan sembuhla dari penyakit dia tu, Insyaa Allah. Jadinya saya ni, keinginan nak D90 tetiba datang lagi hehe.. yela.. sementara hidup, duit bukan boleh buat bekal mati..(err.. tapi kalau duit tu dibuat sedekah dan amal jariah sudah tentu jadi bekalan mati nanti)

tetapi bila tengok harganya yg bolehla tahan tu.. rasa cam membazir pulak.. kalau saya betul2 serius dalam fotografi takpe.. ni kot jadi tukun dalam almari. kalau byr installment kereta boleh dalam 3 bulan tu.. kalau byr broadband yg x berapa broad ni kat 4 tahun boleh bayar... punya banyak fikir.. tp keinginan tu ada lagi.. hold la dulu..

*pic dari google

Saturday, March 23, 2013

Casio Sheen

Saya tak pernah beli jam tangan sendiri. maksud saya jam tangan dari kedai jam kecuali beli kat pasar malam dan avon hehe.. tu jam main2 la sebab saya dah ada jam lain. yg lain tu 1st arwah ayah saya hadiahkan, lepas tu kakak saya, lepas tu mak saya bg.. jam2 yg diorang bg tu semua tahan lama.. so dlm masa tu saja nak tukar2 jam so saya beli la yg murah2 kat pasar malam...

sebenarnya jam rado yang mak saya bg elok sangat lagi even dah lebih kurang 7 tahun la kot.. kalau loan keta 7 tahun dah abis bayar rasanya... so rasa nak juga merasa jam sendiri. dalam duk surf, berkenan betul tengok casio sheen.. tapi saiznya boleh tahan besar untuk tangan saya yg kurus ni.. dlm2 byk2 tu saya suka yg ni..

akhirnya.. beli jugak thru online.. dah sampai pun.. kira ni la 1st watch original saya beli hehe.. Alhamdulillah

Friday, March 15, 2013

Daun belalai gajah ubat kanser?

Hari ni saya terbaca fb seorg rakan yg merupakan seorang doktor post tentang kopi tongkat ali sebenarnya.. tp ada yg komen tentang teh daun belalai gajah.. katanya daun ni boleh merawat segala kanser.. link blognya http://pokokbelalaigajah.blogspot.com/ ada jual skali teh daun ni



 *pic dari blog di atas.

sebenarnya rasa nak beli jugak anak pokok tu tapi jauh sgt la tempatnya tapi kalau dia boleh pos mmg saya beli.. bukan apa kot2 ada kenalan ke yg cari ubat, boleh share.

Tuesday, February 12, 2013

Steering wheel lock

sebelum ni pakai kereta wira tak ada steering wheel lock ni. Fofie ni rupanya ada. Masa 1st day dapat keta, dah tak reti nak start. Call salesman tanya, dia kata kena pusing2 skit steering dulu.. adoila..

semalam, pegi beli brg, skali jd lagi skali. alahai nak unlock punya la susahhh! berpeluh-peluh. tapi at least i learnt something, lepas dah mati enjin JANGAN gatal - gatal pulas stering, baru tak locked!

pic: kredit to google image and motorbeam

Saturday, February 9, 2013

kereta baru kereta lama

tak ada angin, tak ada ribut, tak ada plan langsung tetiba gi beli keta baru. hajatnya nak tengok aje.. dah tengok gi booking pulak.. dah dapat pun.. my white ford fiesta. ingatkan lambat jugak nak dpt, rupanya jap je prosesnya tak sampai 2 minggu. booking cuti Maulidur Rasul (24/1) dapat 4/2. no plat pun tarikh Maulidur Rasul...Alhamdulillah rezeki dari Allah SWT.

tapi ada juga dugaannya.. cermin tempat duduk belakang macam calar.. tp salesman kata maybe kesan gam sticker lambat tanggal..harap-harap macam tula.. jgn calar betul dahla.. pastu tergerak hati nak tgk ekzos..tu dia.. karat kuning! call salesman tak jawab pulak..cuti tahun baru cina la tu.. Mudah-mudahan tak adala masalah2 lain lagi.. i love u!

tu citer keta baru.. keta lama si black..uhuks dah jual kat anak buah. sayang keta tu.. w/pun buruk ekzos takla karat! sayang mmg sayang.. tp takkan nak pakai 2 skali.. takpela yg penting buah hati si black duk sebelah umah je. kalau i rindu kat u, i gi jenguk u okey, i love u forever!