Pages

Sunday, December 1, 2013

kucing sakit

sedih sungguh bila tengok kucing saya yg sakit terlantar je. baru minggu lepas rasa agak gembira sebab dia bah boleh bangun, berlari.. tapi tak tau mana silapnya selepas beberapa hari, dia jadi lemah dan tak boleh bangun semula.

luka di telinga pun macam tak ada perubahan. merah berdarah, berair. kalau tengok pada simptom2 macam kena sporo. mulanya luka kecik je atas belakang dan hujung telinga. saya ingatkan luka atau kudis biasa. dah di cuci, letak ubat tapi bukan makin kering, tpi makin berdarah, makin bengkak kat telinga. yg atas belakang pun sama. mula saya ingat pasal bengkak tu dia tak boleh bangun. saya sapu dengan ubat gigi fresh n white. tp ok juga.. bengkak tu semakin surut, lepas tu dia boleh bangun dan jalan.. sekarang atas belakang tu dah surut dan luka pun nampak kering tapi still tak boleh bangun. sedih saya melihatnya..

yg kat telinga pulak asal2 nya kecik macam mata pen je.. tapi makin lama makin besar. dia duk garu luka pula kat mata. saya cuci, letak ubat luka, minyak gamat pun tak baik lagi besar juga. pastu tengok ada lg kat ibu jari kaki. makin lama makin bengkak, berdarah no matter letak ubat apa. basuh dgn air gamat sapu dgn minyak gamat, letak ubat luka yg kalau letak kat org yg luka berdarah teruk boleh baik dgn cepat pun tak jadi juga. pergi vet, kena injection pun macam tu aje.. kemudian jangkit lg kat hidung, bengkak dan berdarah pula kat situ. ringkasnya, jika ada luka je terus jadi merebak. macam kencing manis pulak

macam-macam ubat dah saya bagi, air zam-zam, minyak gamat jgn cerita la.. abis sebotol lebih. baca kat internet org kata habbatus sauda, pun cuba juga.pastu beli seaweed utk pets untuk saraf sebab dia tak boleh bangun tp susahnya nak bg dia mkn. sekarang ni saya cuba pula dengan transfer factor. semalam baru cuba. hari ni luka tak nampak lg perubahan. tak boleh bangun lagi..zaniton pun beli tp tak bagi lg.. Insyaa Allah esok pg pulak. saya sungguh sedihlaaa.. i can't stop my tears!

sebenarnya sebelum yg ni, ada 2 ekor yg kena.. tp bila cuci, letak minyak gamat sekejap je tak sampai seminggu dah baik. tp yg ni tak sangka betul sampai melarat mcm ni

Semoga dengan kebesaran rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T, kucing saya pulih semula..


No comments:

Post a Comment