Pages

Saturday, November 19, 2011

Lobster air tawar yang suka memanjat




minggu lepas tiap2 hari udang ni memanjat. kalau tak bela udang ni tak tau pun yg dia suka duk termenung outside of water.. lepas seminggu tengok dah bersalin kulit lagi. agaknya bila nak bersalin kulit mmg suka duk gitu kot

Saturday, October 29, 2011

Sambal Bilis

Lama tak makan sambal bilis. hari ni sorang je kat rumah malas nak masak lauk. Goreng ayam and sambal bilis jela.. senang dimasak sedap dimakan. belajar dengan maksu dulu zaman-zaman duduk di asrama..


Fuhhh nampak macam pedas ek.. tp takla pedas mana..

bahan*
segenggam bilis
1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
15-20 cili kering
1 sb gula
kunyit hidup 1/2 inci
asam jawa

1. blend 1/2 labu bawang besar+bawang merah+bawang putih+cili kering+kunyit
2. goreng bilis dan 1/2 labu bawang besar dalam minyak yang agak banyak.. tp jgnla sampai sekuali pulak.. agak2 sesuai dengan bilis.. kemudian dah agak2 garing, angkat.
3. Kemudian masuk semua bahan blend td ke dalam minyak goreng bilis tadi. tumis sekejap kemudian masukkan gula dan air asam jawa. masukkan garam secukup rasa tp jangan banyak sgt pasal ikan bilis dah masin. kemudian tumis sampai pecah minyak. last baru masuk bilis n bawang besar yang digoreng td. kacau2 hingga dah nampak cantik..

** bahan-bahan tu agak2 je.. bilis kalau rasa skit.. boleh goreng asing then masuk je dlm..

siap lauk untuk 2-3 hari hehe.. zaman2 duk asrama dulu maksu aku slalu bekalkan sambal ni especially time puasa. nak sahur nasik kosong dengan bilis ni pun dah ok.. sedap jugak kaau makan dengan roti ke.. letak atas pizza.. inti burger Malaysia.. semuala yang pakai sambal bilis ni..

makan dengan nasik panas - panas dengan ayam goreng seketul.. habis sepinggan rasa nak tambah lagi.. even perut dah kenyang..

Sunday, October 2, 2011

Android oh android


my new toy - Xperia Neo

musim - musim android ni duk tengok orang je pakai teringin jugak nak pakai satu. tengah2 hujan tu pergi beli jugak.. penangan android.. time balik hujan ribut angin2 lagi.. takpela dah dpt android tak rasa kecut sgt.. android.. android..

dah sampai rumah mmg tak ingat lain. perut lapar pun kena hold. study android dulu.. dah siap import contact, buang software2 yang mmg rasa tak guna baru boleh isi perut. nak mms pulak tak boleh.. takpe hold dulu. lapar + mengantuk.

so hari ni baru dapat setting vpn. dah boleh mms okla tu.. yang lain2 pelan - pelan kayuh

xperia Neo : setting - wireless & Network - Mobile Network - Access Point Names - (tekan Menu) - New APN. pastu taip la setting bwh ni

Celcom 3g internet setting :

Name : Celcom 3G Internet

APN : celcom3g

MCC : 502

MNC : 19

APN type : default

Celcom 3g MMS setting :

Name : Celcom 3G MMS

APN : celcom3g

MMSC : http://mms.celcom.net.my

MMS proxy : 10.128.1.242

MMS port : 8080

MCC : 502

MNC : 19

APN type : mms

Celcom 2g internet setting :

Name : Celcom 2G Internet

APN : celcom.net.my

MCC : 502

MNC : 19

APN type : default

Celcom 2g MMS setting :

Name : Celcom 2G MMS

APN : mms.celcom.net.my

MMSC : http://mms.celcom.net.my

MMS proxy : 10.128.1.242

MMS port : 8080

MCC : 502

MNC : 19

APN type : mms

Tuesday, September 27, 2011

Tat telur

Tengok kat resepi - resepi internet banyak jugak resepi tart.. sebenarnya tak berapa rajin nak buat pasal mencabar jugak nak membuatnya.. mencabar time nak buat kulit dia la.. tapi dalam duk malas tu cuba jugak.. best jugak. tengok resepi kat youtube tapi alter2 skit2...

Tart Telur

Kulit tart

140 g butter/marjerin
1/2 biji telur
70g gula icing
200g gandum

uli sampai jadi doh. kemudian masuk fridge dalam 20 minit. Kemudian bentukkan kulit tart

Filling
140g gula
300ml air
4 biji telur
80 ml susu cair

tapi filling buat separuh je pasal telur ada 2 biji je.

so alter skit resepi atas
3 sudu gula pasir
120ml air
2 biji telur
40ml susu cair
1/2 sudu teh tepung jagung
Link
masak air dan gula hingga gula larut. sejukkan
masukkan air gula tadi dan semua bahan lain, kacau sebati


masukkan filling tadi dalam kulit tart, bakar dalam 20 minit

video asal sumber rujukan:

Sunday, September 11, 2011

DOA DUDUK ANTARA 2 SUJUD

DOA DUDUK ANTARA 2 SUJUD Pernah hayati atau baca terlalu laju sampai tak sempat nak fahami maksudnya? Rabbighfirlii (Tuhanku, ampuni aku) Warhamnii (Rahmati aku) Wajburnii (Tutuplah aib-aibku) Warfa'nii (Angkatlah darjatku) Warzuqnii (Berilah aku rezeki) Wahdinii (Berilah aku petunjuk) Wa'afinii (Sihatkan aku) Wa'fuannii (Maafkan aku)

Wednesday, September 7, 2011

Doa mohon kesabaran; Doa mensyukuri nikmat dan mohon keampunan

Doa mohon kesabaran. (Al-A'raaf 126)



Doa mensyukuri nikmat dan mohon keampunan (Al-Ahqaaf 15)

Tuesday, September 6, 2011

Doa permudah urusan dan ketika bersedih

 "Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki."

 

Udang kara dah menetas

seminggu sebelum raya hari tu, anak2 udang dah selamat menetas.. banyak jugak.. tapi tak asingkan pun.. biarla.. biological control. lagipun kalau asingkan bukan reti pun nak menjaganya.. at least kalau kalau dalam aquarium tu jugak kalau mati, mak bapak dia tolong makan kasi bersih aquarium ehhe..

lepas dah bersepah jatuh dari perut mak dia langsung tak nampak-nampak udang2 kecik tu.. ingatkan tadi nak sedut dasar aquarium tgk byk sgt kotoran kat dasar. tak sempat tadi ingat nak postpone esok.. skali suluh dengan lampu tadi banyak rupanya anak2 udang kat celah-celah batu, pasir.. so rasa-rasa tak payah la sedut dasar tu.. karang tak pasal2 dengan anak2 udang skali tersedut.. byk jugakla tadi nmpk.. kalau hidup semua tu jawabnya aquarium baru la nampaknya..

senang jugak udang ni membiak.. dlm minggu ni rasa nye dah mate lagi sekali.. so dalam lebih kurang 40 hari lagi menetas lagi la..

Friday, July 1, 2011

Macaron - 2nd try

woohooo.. akhirnya.. selepas cubaan pertama hari tu tak menjadi.. burukk.. dan after berguru dengan chef dari perancis, kali ni dah ok.. tak so perfect tapi ok la.. menjadi la jugak.. cumanya skirt nya tak cukup tinggi. masa dalam oven naik tinggi cantik betul. kuar oven je.. turun skit. something to do with suhu oven la gaknya.. Anyway thank you so much to chefnini

ni la dia hasilnya.. crunchy diluar, chewy di dalam.. tapi kalau biskut raya sini, kalau chewy kat dlm tu maknanya biskut tak jadi. tp itu lah dia.. art of macaron. hehe.. kali ni tambah coklat utk shell.. maklumla manis sgt.. so cuba taruk choc since choc pahit skit kan.. so nak suh balance manis dan pahit.. ok la.. boleh la makan.. memang sedap lah.. ecehhh


Bila tengok shell dia dah jadi, baru la buat dia punya ganache.. ganache aku white choc + butter + susu cair je.. lain kali boleh la cuba lagi dgn ganache lain. kena cari resepi dulu ler.. boleh ikut la resepi chef ni.. dapat dalam 9 ketul macaron. tapi ada jugak la yang pecah skit dalam 2-3 ketul.

Patut la macaron ni boleh tahan mahal. cerewet nak membuatnya.. (bagi org yang tak brp mahir cam aku ni la..) dari nak sedia bahan sampai la nak menyimpan.. possibility tak menjadi pun tinggi jugak rasanya.. dah menjadi nak tanggalkan dari kertas pun leceh. aku siap pecahkan shell dia masa nak tarik kertas. geram je tengok yang comel2 licin tu jadi rosak.

Tapi bila dah menjadi seronok pulak.. boleh buat lagi lainkali

Wednesday, June 29, 2011

Macaron.. Macaroons

Sekarang ni glamer betul macaron ni. tengok iklan, ada macaron, tengok citer korea ada macaron, tengok kat internet ni laagi la banyak citer macaron. Teringin jugak nak buat.. nak makan tu belakang kira. kadang tengok yang comel-comel ni rasa nak buat. Bab makan tu kureng skit. lagi pun tengok resepi dia boleh tahan manis.

semalam, setelah dah banyak kali resepi, how to kat internet.. dengan semangat berkobar-kobar mula la membuat macaron ni. kalau ikut steps macam senang.. tp cerewet. mula ayak badam.. aish banyak pulak yang tak telus ayak. mesin semula.. still tak banyak yang tak telus. lantakla takkan nak buang.. masukkan ajelah. sedap skit kot ketul2 (agaknyalahh.. eheh)

patut ikut resepi, kena bagi dia releks sampai atas tu kering.. buat malam.. siap piping kat kul 10.. kat kul 11 tak kering lagi.. mana boleh jadi nak tunggu.. esok keje.. bakar jelah. hehhe.. so at the end...


memang tak jadi.. sememeh je..

memang manisla macaron ni. makan satu, fuhh naik pening, sengal gigi.. gosok gigi minum air segelas pun tak hilang. last, kumur dgn listerine.. baru la ok..

Tapi rasa macam nak cuba lagi la.. nak ikut resepi amoi perancis ni
cantik je macaron dia. Just in case satu hari nanti terdelete resepi dari website dia, copy la kat sini

untuk 8 biji macarona;
  • 1 blanc d’oeuf (calibre moyen) - putih telur
  • 40g de poudre d’amande - badam
  • 65g de sucre glace - gula icing
  • 15g de sucre en poudre - gula castor/pasir
nak resepi punya pasal siap guna translator.. bile nak cuba tak tau

Wednesday, June 8, 2011

Flushing radiator

Hari tu bukak tengok air dalam radiator bukan main berkeladak.. lepas kes air-cond tak sejuk itu hari. Air-cond tu tak sejuk rupanya air kurang dlm radioator. buat malu je. Macam mana la tak terfikir nak tengok air tu.. actually terasa gak nak tengok. Tapi masa tu baru dalam sebulan tambah air. so bila dah jadi camtu ingat nak gi servis.. tp tengok air tak kurang pun dalam reserve tank water radiator tu.. so asyik postpone je la.. bukak2 tgk air minggu lepas sekali bukan main keladak air dalam tu..

semalam ingat nak hantar servis radiator.. ada pulak yg kata bila dah servis kdg mcm2 prob jadi.. naik cuak la pulak. Abang ipar kata try flush dulu radiator tu.. dia bagitau nak buat camne.. Balik rumah, study balik kat internet.. rasa-rasa mcm boleh buat kot.. InsyaAllah.. Tadi dah buat. ok la air dah kuar.. masalah nya ialah.... temperature naik la.. enjin jd panas... ala abis la abisla abisla... ish macam mana niiii.. nak tunggu sejuk dulu baru nak bukak isi air balik.. kalau tak jadi jugak kedai jugala nampaknyaaaa

Update
Alhamdulillah.. fuhhh sib baik dah ok.. lepas sejuk tadi buang balik air.. pastu masukkan balik ikut slow2.. rasanya td tak cukup air la.. kali ni dah ok.. dah masuk coolant dalam overflow tank.. mudah-mudahan ok la semuanya.. td dah ronda2 skit ok je temperature.. Hope ok lah insyaAllah

Sunday, May 8, 2011

Serangga ntah-apa-nama




Tengok pokok lada kat belakang rumah.. asyik tak menjadi je.. patut ler.. banyak betul serangga tp tak tau nama apa. Punyala banyak..gemuk-gemuk pulak tu




Kucing-kucing kat umah suka menyibuk.. mana-mana pergi ada je ikut.. amikla pic skali

Chek

Jang (Kembar Chek)

out of focus.. asyik terbang je kupu-kupu ni tak kasi peluang langsung.. lupala pulak nak tukar mode S

cuba duduk diam2 macam pepatung ni.. kan senang nak snap

snap-snap around







Thursday, May 5, 2011

Sepetang di belakang rumah

Cadang-cadangnya nak ambik pic burung.. tak menjadi jugak la.. duk terbang tinggi sgt.. hinggap pun atas pokok nunn tinggi.. tak mampu lens makcik nak capai.. snap ajelah bunga-bunga blkg rumah ni.. tapi ambik pic ptg2 sgt dalam kul 6 lebih ni susah skitla cahaya.. dahla belakang rumah bawah pokok2.. so ada blur2 skit (atau mmg tak pandai hehe)

pokok bunga kertas fav mak aku. siap suruh ambik gambar.. cantik katanya.



Pokok bunga ros yang beli masa kat penang dulu.. rajin betul berbunga.. boleh kata tiap tangkai ada bunga. Ada 3 kaler.. merah bandung, pink-putih, oren.


Bunga raya putih


Pandai posing Tam ni.. Mata kanan dah rosak. sakit mata lama sangat dulu.. ingatkan dah tak baik mata tu.. sian dia dari kecik asyik sakit. Bagi air zamzam skit hari tu cam ok skit.


stray cat.. asyik cari gaduh dgn kucing-kucing aku


kucing ni lagi jahat.. anak-anak ayam habis dibedal.. mcm Tam kaler badannya.. bimbang jugak takut jiran2 ingat kucing aku yg ngap anak ayam diorang.




Ni je pic burung yang terdaya di'tembak'. Tinggi pokoknya..


bersih belakang rumah(mcm scary pulak api tu)



langit senja

Wednesday, April 27, 2011

udang kara dah salin kulit

petang semalam nak bagi makan udang terkejut tengok udang tergolek kat tepi aquarium. ingatkan dah mati. nampak putih pucat tak bergerak.. yang female lagi sekor tu duk kuit2 udang tu.. sayangnyaaa dahla yang besar. baru nak duduk termenung kat situ, skali tgk ada lagi sekor.. aikk bila masanya pulak jd 3 ekor udang.. kalau dah bertelur takkan dah besar camtu.. la.. rupanya dia dah salin kulit.. rugi tul tak tgk proses tu.. walhalnya kulit yang tanggal tu kat depan aquarium..



kulit udang yang tanggal tu... siap keringkan dalam bakul.. magic betulla.. skali dgn kaki, janggut.. complete.. Subhanallah.. Maha Kuasa Allah. tp kulit tu dah hilang kaki 2.. rasanya yg female tu dah bantai kot. Hari tu kan, udang tu cacat skit kaki dia.. tumbuh yang baru ni elok je kaki semua.. Hebat betul ciptaan Allah..

ganas gak female tu.. asyik kejar je yang male tgh salin kulit tu.. sian tul. terpaksa la asingkan yang female tu. pergi letak dalam aquarium guppy lg satu.. habis keruh air dikerjakan udang tu.. pokok2 dalam tu habis tercabut akar digodaknya... ganas..ganas..

Friday, April 22, 2011

Zuiko 40-150mm

Semalam dah sampai lens yang baru dibeli dari sorang mamat Sarawak. Search thru internet. yg 2nd je. nak beli baru mahal pulak.. kat lelong.com dalam 1.1k paling murah. ni baru 300 lebih. kira ok la setakat nak hobi2.. bukan buat side work ke. Ingatkan nak test-test ambik pic burung. Time nak test tu la sekor burung pun takde nak hinggap kat pokok2 kat umah ni. punyala banyak pokok kat keliling ni.. n punyala banyak bunyi burung tapi sekor pun tak datang dekat.. lainkali je lah. Rama-rama pun takde sekor.. apa la nasib..

Ok jugak lens ni. Mula tu hajat di hati nak yang 70-300mm.. tp memandangkan harganya yang agak boleh tahan tu.. tahan je lah nafsu nak memiliki.. yang ada ni pun kadang - kadang je guna. Tapi okla.. boleh zoom jauh jugak. ni baru 40-150.. gaknya yg telephoto zoom lain tu sure lagi dahsyat. kalau takat nak ngendap amik pic orang curi2 boleh sangat..

Satu yang terasa nak beli.. external flash. hehe



ayam pun ayam lah

rose je yang banyak kat rumah

crop dari pic atas tu

Ni je serangga yang jumpa. kecik pulak tu

sleeping time

menjamu selera

Saturday, April 16, 2011

Cerita Lobster Air Tawar




Lepas seminggu beli udang ni dulu kaki belakang ntah macam mana tercabut 1. ingatkan cacat selamanya.. baru-baru ni tengok ada tumbuh balik kaki dia..

As time goes by.. semua boleh berubah.. semoga aku pun berubah ke arah yang lebih baik

Thursday, March 31, 2011

Anak ikan laga

cubaan nak biakkan ikan laga halfmoon kaler biru hari tu tak menjadi.. duk sibuk buat buih je kerjanya. even sekarang pun duk gila buat buih. bagi awek tak nak pulak. lantaklah situ.

kali ni yang transparent pulak.. yang ni ok skit. dulu badan dia byk putih tompok2 biru, sekarang sisik dia semua dah tukar biru tapi siripnya masih putih dan transparent.. telur2 dah menetas pun.. byk jugak tu







telur - telur yang baru dilepaskan


couple yang sweet


bz.. jaga telur


loving dad


selepas 2 hari, telur mula menetas


sweet family :)