Pages

Friday, July 1, 2011

Macaron - 2nd try

woohooo.. akhirnya.. selepas cubaan pertama hari tu tak menjadi.. burukk.. dan after berguru dengan chef dari perancis, kali ni dah ok.. tak so perfect tapi ok la.. menjadi la jugak.. cumanya skirt nya tak cukup tinggi. masa dalam oven naik tinggi cantik betul. kuar oven je.. turun skit. something to do with suhu oven la gaknya.. Anyway thank you so much to chefnini

ni la dia hasilnya.. crunchy diluar, chewy di dalam.. tapi kalau biskut raya sini, kalau chewy kat dlm tu maknanya biskut tak jadi. tp itu lah dia.. art of macaron. hehe.. kali ni tambah coklat utk shell.. maklumla manis sgt.. so cuba taruk choc since choc pahit skit kan.. so nak suh balance manis dan pahit.. ok la.. boleh la makan.. memang sedap lah.. ecehhh


Bila tengok shell dia dah jadi, baru la buat dia punya ganache.. ganache aku white choc + butter + susu cair je.. lain kali boleh la cuba lagi dgn ganache lain. kena cari resepi dulu ler.. boleh ikut la resepi chef ni.. dapat dalam 9 ketul macaron. tapi ada jugak la yang pecah skit dalam 2-3 ketul.

Patut la macaron ni boleh tahan mahal. cerewet nak membuatnya.. (bagi org yang tak brp mahir cam aku ni la..) dari nak sedia bahan sampai la nak menyimpan.. possibility tak menjadi pun tinggi jugak rasanya.. dah menjadi nak tanggalkan dari kertas pun leceh. aku siap pecahkan shell dia masa nak tarik kertas. geram je tengok yang comel2 licin tu jadi rosak.

Tapi bila dah menjadi seronok pulak.. boleh buat lagi lainkali

No comments:

Post a Comment