Pages

Friday, September 4, 2020

Guppy dalam pasu

Mood bela guppy muncul lagi. Bela dalam pasu lagi cepat biak dari dalam aquarium (pada saya la..).

 

 


Saturday, March 5, 2016

Kucing sporo

Dulu kucing kesayangan mati akibat sporo..sedihnya sampai sekarang, bila diingat still boleh keluar air mata. sedih sungguh! Tak sangka ada penyakit sampai macam tu sekali, ingatkan kucing2 ni takde penyakit bahaya macam tu.

Baru2 ni ada kucing sesat kat rumah. Mula malas nak layan.. tapi kesian pulak tengok lapar..bagi makan kat luar rumah je. Jantan. Masa tu tak pandai melawan lagi..tp kucing lain yg nak lawan dia.. dipendek citer, kucing yang ada sporo lawan dgn dia maka berjangkitla.. mula tak perasan. tapi luka kat hidung dekat sebulan tak baik2. sebab dia stray cat, saya tak ada nak tilik sgt..just tinggal makanan je. tgk jauh2 aje..

Yang tau tu pasal kucing kena sporo tu mati.. jadi saya tgk badan kucing tu. Allah! hidung, atas mata, hujung ibu jari kaki depan, atas blkg semua berair. Kesian pulak lagipun saya takut berjangkit kat kucing saya. Maka bermulala rawatan.. tak bwk gi vet. dah tau mesti suh PTS. lepas cuba rawat Alhamdulillah dh semakin ok walaupun ada sikit2 lagi..

Kronologi rawatan:

Minggu 1- 3: bagi makan ketonazole(nizoral) 1/8 dan vetri dmg. Mungkin dos saya bg tak padan dengan berat kucing so nmpk kurang berkesan. Ada pecah bintil2 baru bawah perut. hidung dan kening keluar byk darah dan nanah pada mulanya. tapi lepas tu berkurang. Saya x panik sgt sbb macam bisul, keluar darah, nanah kotor baru cepat baik kan? Masa ni saya tak ltk ubat sapu mula2 pastu cuba ltk ubat luka krim kuning yang amik kat vet. Mcm lagi teruk. so saya stop

Minggu 4: Masih bagi ketonazole.. luka saya sapu dgn losen biru cap 3 senapang. murah aje..RM3,50 sebotol, Nampak luka2 baru semakin kering. ada yang kecil2 kering terus

Minggu 5-6: Tukar ketonazole ke sporanox. Mahal la skit..nizoral rm4 je sebijik.. yang ni RM11 huhu. vetri dmg dah abis.. sporanox bg 1/3 sehari tiap ptg. luka2 saya lap dgn air yg direndam dengan kad saver LA Genius. Ada terbaca kes sporo cuba dgn kad tu jd ok so saya cuba jelah kebetulan ada org jual kat sini. lepas lap dgn air tu, saya ltk losen biru. Nmpk perubahan yg ok jugak la. Luka2 kering. Yang baru, kecik semua kering. tinggal yang luka lama dan besar dekat jari kaki, kening dan paling teruk hidung. Masa mula2 tu keluar nanah dan darah ikut mata. takut jgk.

Minggu 7-9(sekarang): Masih bg sporanox. atas blkg, bwh perut dah kering so stop losen biru kat situ. Atas mata, hidung masih belum kering so saya ltk lamisil dan selang seli dgn tabur sikit ketonazole yg dihancur. kat jari kaki saya spray dgn supercat dan kadang2 losen biru. Lamisil tu tak ltk hari2.. selang2 jgk bila tgk berdarah sgt baru ltk. Yang ada berlubang tu saya tabur ketonazole dalam lubang tu. cepat jugak kering. pastu dah tak teruk dah.. Air rendam kad saver pun lap bila byk darah dan bila luka tu basah sgt. bahagian yang kering mmg saya biar je.

Setakat ni utk rawatan:
1. Nizoral (makan) 4 biji
2. Nizoral (utk tabur) dlm sebijik
3. Sporanox 9 biji tapi dah nak abis. esok kena beli lg
4. losen biru: tak abis lg sebotol
5. Lamisil 3-4 kali je ltk
6. Supercat: jarang2 je spray
7. Air rendam kad saver la genius.. buat lap masa luka tu teruk berdarah dan basah

So far Alhamduillah..perubahan positifla saya rasa.. tinggal yg kat hidung je lg x brp ok.. Tapi apa pun atas izin Allah jua atas setiap sesuatu.. Kita usaha, doa. pastu tawakkal jelah.. Wallahualam..


Pic atas ni slps 4 minggu rawatan. X gamak nk ambik pic ms teruk tu

Ni pic skrg..Alhamdulillah.. 




Friday, November 20, 2015

kuih peneram

Test buat kuih peneram hr tu. Rasa mcm dah ok.. Test skit je dulu

1 cwn tepung beras(75g)
Stgh sudu tepung gandum
40g gula melaka (50g)
1/4 cwn air (40ml)

Cara:
ayak tepung beras bersama tepung gandum
Panaskan air+gula melaka hingga larut
Masukan larutan gula melaka yg masih panas ke dlm campuran tepung
Kacau sebati. Adunan mestilah likat lebih kurang adunan macaron
Peram dlm 6-8 jam
Bentukkan (jgn nipis sgt) dan goreng.
Pastikan minyak betul2 panas

Sunday, December 1, 2013

kucing sakit

sedih sungguh bila tengok kucing saya yg sakit terlantar je. baru minggu lepas rasa agak gembira sebab dia bah boleh bangun, berlari.. tapi tak tau mana silapnya selepas beberapa hari, dia jadi lemah dan tak boleh bangun semula.

luka di telinga pun macam tak ada perubahan. merah berdarah, berair. kalau tengok pada simptom2 macam kena sporo. mulanya luka kecik je atas belakang dan hujung telinga. saya ingatkan luka atau kudis biasa. dah di cuci, letak ubat tapi bukan makin kering, tpi makin berdarah, makin bengkak kat telinga. yg atas belakang pun sama. mula saya ingat pasal bengkak tu dia tak boleh bangun. saya sapu dengan ubat gigi fresh n white. tp ok juga.. bengkak tu semakin surut, lepas tu dia boleh bangun dan jalan.. sekarang atas belakang tu dah surut dan luka pun nampak kering tapi still tak boleh bangun. sedih saya melihatnya..

yg kat telinga pulak asal2 nya kecik macam mata pen je.. tapi makin lama makin besar. dia duk garu luka pula kat mata. saya cuci, letak ubat luka, minyak gamat pun tak baik lagi besar juga. pastu tengok ada lg kat ibu jari kaki. makin lama makin bengkak, berdarah no matter letak ubat apa. basuh dgn air gamat sapu dgn minyak gamat, letak ubat luka yg kalau letak kat org yg luka berdarah teruk boleh baik dgn cepat pun tak jadi juga. pergi vet, kena injection pun macam tu aje.. kemudian jangkit lg kat hidung, bengkak dan berdarah pula kat situ. ringkasnya, jika ada luka je terus jadi merebak. macam kencing manis pulak

macam-macam ubat dah saya bagi, air zam-zam, minyak gamat jgn cerita la.. abis sebotol lebih. baca kat internet org kata habbatus sauda, pun cuba juga.pastu beli seaweed utk pets untuk saraf sebab dia tak boleh bangun tp susahnya nak bg dia mkn. sekarang ni saya cuba pula dengan transfer factor. semalam baru cuba. hari ni luka tak nampak lg perubahan. tak boleh bangun lagi..zaniton pun beli tp tak bagi lg.. Insyaa Allah esok pg pulak. saya sungguh sedihlaaa.. i can't stop my tears!

sebenarnya sebelum yg ni, ada 2 ekor yg kena.. tp bila cuci, letak minyak gamat sekejap je tak sampai seminggu dah baik. tp yg ni tak sangka betul sampai melarat mcm ni

Semoga dengan kebesaran rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T, kucing saya pulih semula..


Friday, November 1, 2013

Kucing ku sakit

Terseksa jiwa ni tengok kucing saya sakit.. sebelum ni naik kudis je dah 2 minggu tak kering2.. even dah cuci, letak ubat pun tak kering jugak. sebelum tu 2 ekor kena kudis, tp kejap je tak sampai seminggu dah elok kering tunggu tumbuh bulu je. ni dah mcm2 ubat.. air gamat, minyak gamat, ubat kat vet pun tak jalan. tapi takat kudis tu takla rasa sedih sangat sebab makan selera, boleh jalan2 lagi boleh main2 golek2.. tapiiii ni dah macam lumpuh pulak... langsung2 tak boleh bangun. kaki belakang 2-2 belah mcm tak boleh tampung badan langsung tak boleh berdiri. Nampak macam tak bengkak pun. tak luka.. dah 2 hari macam tu tergolek je. kencing pun atas karpet. nak kurung kesian.. mujur makan ada selera lagi.. tapi nak bg makan byk kot dia nak gi membuang nak gi ke;luar pulak.. sedih sedih sedih.. dah gi inject kat vet..tp so far takde perubahan..


Ya Allah.. sembuhkanla penyakit kucing ku.. berilah kekuatan kepadanya.. berilah dia dapat berjalan semula.. hilangkanlah penyakitnya dan sembuhkanlah, Engkau adalah asy-Syaafi (Yang Maha Penyembuh), tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan (dari)-Mu, Aamiinnn
 hilangkanlah penyakit ini dan sembuhkanlah, Engkau adalah asy-Syaafi (Yang Maha Penyembuh), tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan (dari)-
hilangkanlah penyakit ini dan sembuhkanlah, Engkau adalah asy-Syaafi (Yang Maha Penyembuh), tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan (dari)-Mu
hilangkanlah penyakit ini dan sembuhkanlah, Engkau adalah asy-Syaafi (Yang Maha Penyembuh), tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan (dari)-Mu
hilangkanlah penyakit ini dan sembuhkanlah, Engkau adalah asy-Syaafi (Yang Maha Penyembuh), tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan (dari)-Mu

Dari artikel 'Asy Syaafi, Yang Maha Penyembuh — Muslim.Or.Id' hilangkanlah penyakit ini dan sembuhkanlah, Engkau adalah asy-Syaafi (Yang Maha Penyembuh), tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan (dari)-Mu

hilangkanlah penyakit ini dan sembuhkanlah, Engkau adalah asy-Syaafi (Yang Maha Penyembuh), tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan (dari)-Mu

Friday, October 18, 2013

Red velvet


dah lama sebenarnya buat kek ni.. resepi asal yang saya jumpa

RED VELVET CAKE

bahan:

1 1/4 cawan tepung diayak
1/2 sk baking powder
1/2 sk garam
1 sb serbuk koko
1 sb pewarna merah
1/4 cawan butter (55g)
3/4 cawan gula
1 telur
1/2 sk vanilla extract
1/2 cawan buttermilk - 1/2 cawan air susu + 1/2 sk cuka
1/2 sk cuka
1/2 sk baking soda

Cream cheese frosting
125g cream cheese
50g unsalted butter
75g gula
1 cup fresh cream

cara:
1. pukul butter dan gula hingga kembang
2. masukkan telur dan esen vanilla, pukul lagi
3.masuk buttermilk, serbuk koko, pewarna, garam. kacau sebati
4. masuk tepung + garam, sedikit demi sedikit sambil kacau sebati
5. dalam bekas lain, campur cuka dan baking soda, kemudian masukkan ke dalam adunan tadi.
6. masuk dalam loyang, bakar.


cara cream cheese:
putar cheese, butter dan gula hingga sebati. kemudian masukkan fresh cream. pukul lagi dalam 2 minit atau hingga kental. jangan lama sangat nanti fresh cream tu mcm cair



sebenarnya banyak versi saya jumpa. salah satu kat fb jom masak.

- 2 1/2 cwn gandum...sy guna gandum biasa *
- 2sdb serbuk koko*
- 1sdt baking powder*
- 1sdt soda bikarbonat *...resepi asal x ltk** ayak skali

- 1 1/2cwn ssu segar bancuh ngan 1sdb jus limau nipis @ lemon...biar dlm 7-10min...nk guna nnti...kacau sebati(nk ganti buttermilk)

- 1 1/2cwn gula kastor....
- 150g butter **edit (sblm ni 120g)
- 3biji telur B **edit (sblm ni 2biji)
- 1sdt esen vanila
- 2sdb pewarna merah
- 1sdt baking powder
- 1sdt cuka makan

Cara-Cara :
- mix sebati gula ngan butter bg kembang...masukkan telur satu persatu...mix lagi kembang...masukkan esen vanilla
- masukkan tepung gndum yg dah ayak tu....selang seli ngan ssu segar yg dah cmpur cuka tu....mix lagi sebati...wat selang seli...smpai abis tepung tu
- masukkan pewarna merah...kacau sebati ngan senduk
- satukan baking powder ngan cuka makan....kacau bg berbuih....cepat2 masukkan dlm adunan...gaul sebati ngan senduk je....
- masukkan adunan dlm loyang 8 yg dah di griss...atau dah alas baking paper
- bakar dlm oven yg dah dipanaskan...suhu 170...40min...api atas bawah

cara wat cream....ni cara saya
- 250g cream ciz (biar suhu bilik tp jgn lembik sgt...potong kiub kecik2 sblm mixer)
- 2sdb buttercup
- 2cwn fresh cream ( yg blm di pukul )

cara cara
- mix dulu cream ciz, butter, hingga lembut...masukkan fresh cream (cair)....mix lagi sebati....boleh sapu pada kek cara nk layer kek....kek dh sejuk...potong...sapu cream


 - so atas italic ni dari versi jom masak


tapi kat atas tu resepi asal.. malas nak step2 bagai saya hentam je pakai resepi kek span.. tp sebab menghormati kek red velvet ni pakai buttermilk so saya tambah la cuka dalam adunan kek span tu. cara saya:

red velvet - versi malas
a:
250 g tepung mix span
4 biji telur

60 ml air + 2sk susu pekat + 1/2 sk cuka - biarkan 10 minit
1 1/2 penutup pewarna merah (saya guna star brand)
1 sb serbuk koko
1 sk esen vanilla

b:
60 ml minyak

cara:
1. satukan bahan a dalam bekas, kemudian pukul sampai kembang
2. masukkan minyak, kacau sebati. kemudian masuk dalam loyang dan bakar

senang kan... bau dia memang harum betul masa masak.

untuk cream cheese:
250g cream cheese
50g buter
250 ml whipping cream
75g gula halus (3 sb penuh)

putar cheese, butter dan gula hingga sebati. kemudian masukkan fresh cream. pukul lagi dalam 2 minit atau hingga kental




sedap jugak.. dalam seminggu 2 kali buat. licin...






kek coklat moist

dah lama tak buat kek coklat. dulu suka buat tp sekarang ni cam dah tak berapa suka kek hitam-hitam ni. tapi bila dah buat, sedap jugak..

tadi buat resepi ni..

kek coklat moist



A:
1 cawan serbuk coklat + 1 cawan gula +  1 cawan air = masak hingga gula larut dgn api perlahan. Sejukkan

B:
250 gm butter
1 1/2 cawan tepung
4 biji telur
3/4 cawan gula halus
esen vanilla

cara:
1. Pukul butter dengan gula hingga kembang
2. masukkan telur dan esen vanilla, pukul lagi
3. masuk tepung, kacau sebati
4. masukkan adunan A, kacau sebati
5. masuk dalam loyang. boleh bakar atau kukus


lagi 1 ni ambik dari internet

1 3/4  tepung gandum
2 sk soda bikarbonat
1 sb baking powder
1 cawan gula halus
3/4 serbuk koko
1 cawan buttermilk (1 cawan air susu + 1 sb cuka, biarkan 10 min)
1/2 cawan minyak
2 biji telur
esen vanilla
1 cawan kopi panas yang dibancuh

cara:
1. satukan bahan kering - tepung kek, koko, soda bikarbonat dan baking powder
2. dalam bekas lain, pukul buttermilk, telur, minyak dan esen vanilla
3. masukkan adunan bahan kering tadi dalam adunan no. 2, kacau perlahan
4. kemudian masukkan air kopi panas yang baru dibancuh, kacau perlahan hingga sebati
5. masuk dalam loyang, boleh la bakar dalam 45 min
sedap juga resepi ni.. senang pun senang, tp sometime saya suka yg pakai butter tu rasa lg lemak. rupa atas kek memang tak brp cantik.. tp boleh aje letak mekap.. untuk toping biasa saya buat,

2 sudu besar penuh2 coklat + susu pekat 2 sudu besar, sedikit air. kemudian masak sampai likat. kemudian angkat dan curah je atas kek, tabur dekat coklate rice..

tapi 2-2 atas tu tak buat pasal mim-alif-lam-sin.

resepi bawah ni org bagi.. tapi tak pernah buat lagi. KIV dulu ler