Pages

Saturday, March 5, 2016

Kucing sporo

Dulu kucing kesayangan mati akibat sporo..sedihnya sampai sekarang, bila diingat still boleh keluar air mata. sedih sungguh! Tak sangka ada penyakit sampai macam tu sekali, ingatkan kucing2 ni takde penyakit bahaya macam tu.

Baru2 ni ada kucing sesat kat rumah. Mula malas nak layan.. tapi kesian pulak tengok lapar..bagi makan kat luar rumah je. Jantan. Masa tu tak pandai melawan lagi..tp kucing lain yg nak lawan dia.. dipendek citer, kucing yang ada sporo lawan dgn dia maka berjangkitla.. mula tak perasan. tapi luka kat hidung dekat sebulan tak baik2. sebab dia stray cat, saya tak ada nak tilik sgt..just tinggal makanan je. tgk jauh2 aje..

Yang tau tu pasal kucing kena sporo tu mati.. jadi saya tgk badan kucing tu. Allah! hidung, atas mata, hujung ibu jari kaki depan, atas blkg semua berair. Kesian pulak lagipun saya takut berjangkit kat kucing saya. Maka bermulala rawatan.. tak bwk gi vet. dah tau mesti suh PTS. lepas cuba rawat Alhamdulillah dh semakin ok walaupun ada sikit2 lagi..

Kronologi rawatan:

Minggu 1- 3: bagi makan ketonazole(nizoral) 1/8 dan vetri dmg. Mungkin dos saya bg tak padan dengan berat kucing so nmpk kurang berkesan. Ada pecah bintil2 baru bawah perut. hidung dan kening keluar byk darah dan nanah pada mulanya. tapi lepas tu berkurang. Saya x panik sgt sbb macam bisul, keluar darah, nanah kotor baru cepat baik kan? Masa ni saya tak ltk ubat sapu mula2 pastu cuba ltk ubat luka krim kuning yang amik kat vet. Mcm lagi teruk. so saya stop

Minggu 4: Masih bagi ketonazole.. luka saya sapu dgn losen biru cap 3 senapang. murah aje..RM3,50 sebotol, Nampak luka2 baru semakin kering. ada yang kecil2 kering terus

Minggu 5-6: Tukar ketonazole ke sporanox. Mahal la skit..nizoral rm4 je sebijik.. yang ni RM11 huhu. vetri dmg dah abis.. sporanox bg 1/3 sehari tiap ptg. luka2 saya lap dgn air yg direndam dengan kad saver LA Genius. Ada terbaca kes sporo cuba dgn kad tu jd ok so saya cuba jelah kebetulan ada org jual kat sini. lepas lap dgn air tu, saya ltk losen biru. Nmpk perubahan yg ok jugak la. Luka2 kering. Yang baru, kecik semua kering. tinggal yang luka lama dan besar dekat jari kaki, kening dan paling teruk hidung. Masa mula2 tu keluar nanah dan darah ikut mata. takut jgk.

Minggu 7-9(sekarang): Masih bg sporanox. atas blkg, bwh perut dah kering so stop losen biru kat situ. Atas mata, hidung masih belum kering so saya ltk lamisil dan selang seli dgn tabur sikit ketonazole yg dihancur. kat jari kaki saya spray dgn supercat dan kadang2 losen biru. Lamisil tu tak ltk hari2.. selang2 jgk bila tgk berdarah sgt baru ltk. Yang ada berlubang tu saya tabur ketonazole dalam lubang tu. cepat jugak kering. pastu dah tak teruk dah.. Air rendam kad saver pun lap bila byk darah dan bila luka tu basah sgt. bahagian yang kering mmg saya biar je.

Setakat ni utk rawatan:
1. Nizoral (makan) 4 biji
2. Nizoral (utk tabur) dlm sebijik
3. Sporanox 9 biji tapi dah nak abis. esok kena beli lg
4. losen biru: tak abis lg sebotol
5. Lamisil 3-4 kali je ltk
6. Supercat: jarang2 je spray
7. Air rendam kad saver la genius.. buat lap masa luka tu teruk berdarah dan basah

So far Alhamduillah..perubahan positifla saya rasa.. tinggal yg kat hidung je lg x brp ok.. Tapi apa pun atas izin Allah jua atas setiap sesuatu.. Kita usaha, doa. pastu tawakkal jelah.. Wallahualam..


Pic atas ni slps 4 minggu rawatan. X gamak nk ambik pic ms teruk tu

Ni pic skrg..Alhamdulillah.. 




2 comments:

sikunen said...

Terima kasih atas perkongsian. Sy dah dekat 20 tahun rescue dan bela kucing. Tahun ni sangat menduga kerana buat pertama kalinya saya berdepan dgn penyakit sporo. Amat menggerunkan kerana saya ada hampir 40 ekor kucing dlm jagaan. Ada 3 ekor kucing sporo saya yang dah mati walau dirawat. 2 telah pulih sepenuhnya dan 5 lagi dalam rawatan di bilik yang diasingkan. Boleh, ke anda detailkan cara rendam air kad LA tu? Saya ada beli tp x pernah cuba. Tk.

cerita said...

Kad LA tu saya rendam dalam air dlm stgh bekas mknn yg kecik tu. Biar dlm stgh jam pastu boleh lap kat luka dia. Tp jrg je saya lap..bila luka berdarah teruk je saya lap. Tp losyen biru tu cpat jgk luka kering. Nizoral tu tabur kat luka. Tp skrg farmasi sini kt dh x jual nizoral.. Sporanox saya bg 1/3 je setiap hari. semoga usaha anda diberkati

Post a Comment