Pages

Saturday, December 22, 2012

USEFUL AND HANDY USES OF SALT

USEFUL AND HANDY USES OF SALT

1. If you drop a whole egg on the floor, pour salt all over the egg, let it sit for awhile, then use dustpan, the egg will come right up, without all that mess.

2. Soak stained hankies in salt water before washing.

3. Sprinkle salt on your shelves to keep ants away.

4. Soak fish in salt water before descaling; the scales will come off easier.

5. Put a few grains of rice in your saltshaker for easier pouring.

6. Add salt to green salads to prevent wilting.

7. Test the freshness of eggs in a cup of salt water; fresh eggs sink;bad ones float.

8. Add a little salt to your boiling water when cooking eggs; a cracked egg will stay in its shell this way.

9. A tiny pinch of salt with egg whites makes them beat up fluffier.

10. Soak wrinkled apples in a mildly salted water solution to perk them up.

11. Rub salt on your pancake griddle and your flapjacks won't stick.

12. Soak toothbrushes in salt water before you first use them; they will last longer.

13. Use salt to clean your discolored coffee pot.

14. Mix salt with turpentine to whiten you bathtub and toilet bowl. 



sumber: facebook

Thursday, December 20, 2012

Speedlite dan Bagpack

bila ambik gambar indoor asyik gelappp je mula rasa nak beli speedlite. duk google dan tgk kat lelong, rasa cam ok je yongnuo 460 ii. Harga pun cam ok.. nak beli yg flash olympus punya sure mahal punya. takat nak ambik gambo hobi tak brp serius beli yg murah2 pun jadila kan.. so akhirnya beli jugak. rm200 skali postage kat lelong

dah beli speedlite, tgk kat lelong terberkenan pulak dgn bagpack. mula tgk brand Kata.. mak aii terkata tgk.. hehe takla mahal sgt tapi macam aku yang takat nak store dslr dan jarang2 pun bwk outing..

mula berkenan yg kat atas ni.. tp paling murah pun tgk kat web rm280.. pastu terjumpa pula yg kat bwh ni..
macam lebih kurang je.. tp yg ni murah skit Rm188.. so beli yg ni jela..


Thursday, December 6, 2012

Resdung

Beberapa minggu yg lepas me myself diserang resdung yang agak teruk. Mula-mula ingat selsema biasa aje maklumla musim hujan. lepas 2 minggu hidung berair lagi sebelah je pulak tu. Ni dah pelik ni.. selalu kalau resdung pergi ambik ubat homeopathy.. ubat dah abis stok.. tp disebabkan kerja byk tak sempat pergi.. hold dulu.. sekali satu petang, aku asyik bau busuk.. ingatkan pasir kucing ke.. abis semua tempat kucing dah bersih dah mop bau lg.. nak kata bau kucing mcm lain.. rupa-rupanya hidung aku!!!

cuak giler.. dah tak boleh hold gi klinik.. petang esoknya balik kerja terus gi klinik biasa nak gi homeopathy jauh mmg tak sempat.. doktor bagi ubat resdung dan antibiotik(aku tak suka!) tapi mcm tak jadi apa.. pergi farmasi pulak.. beli ubat titis oasis resdung. patut dia kt sapu je. tapi aku baca kertas dlm tu boleh titis.. tak tahan punya pasal aku titis dlm hidung. ok la skit.. tp yang aku perasan lepas minum kopi ke nescafe ke mulala rasa balik. bau busuk datang balik. pastu macam ada cecair dlm tekak.. eeii geli betul. nak makan jd tak selera.

next week nya, pergi klinik homeopathy pulak.. selalu serasi kalau resdung dgn ubat dia. dapat ubat mkn dgn yg titis dlm hidung. yang titis tu ya Allah.. memang pedih! tp bila dah sakit kan mmg dah tak fikir dah.. Alhamdulillah dah lega skit.

adik aku pulak ajak makan kat luar.. tak mau la aku.. dah tau dah mesti ada yg letak belacan ke tak pun seafood. alih2 bila balik dia tapau ketam blackpaper. sedih aku tgk.. sedih pasal aku suka makan tapi nak makan takuttt.. ketam tuu.. resdung baru nak reda skit. takpela rasa skit.. uhuks! yg lebih letak dalam peti. esok balik keje tgk ada lg dalam peti.. mencabar betul.. malam tgk ada lg.. sabarrr.. dah lapar ni.. nak makan nasik tak selara.. masak meggi kari.. hati teringat ketam.. ala tergodanya... tak boleh jadi.. last2.. emm ambik ketam panaskan balik.. ambik meggi letak dalam kuah ketam.. emm sedapnyaaaa.. takpe ubat ada..

maggie kari
dah jadi maggie ketam

Wednesday, October 24, 2012

Ekspo Orkid

Ekspo orkid kat sini dah masuk minggu ke-3. 3 kali pergi 3 kali beli. kalau pergi lagi sure ada je berkenan. tapi bukannya pernah bela orkid. dah tengok cantik-cantik berkenan la pulak.




 beli yang dah berbunga senang..

Tuesday, October 16, 2012

Doa elak angin ahmar

2 minggu lepas di tempat kerja, seorang teman tetiba diserang angin ahmar@strok. Baik orangnya dan muda lagi, baru awal 40-an. tak ada darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung. bersukan juga. Tengah nak makan, sedang bertegur sapa dengan kawan - kawan, tetiba tangan kaku, muka herot, jatuh ke lantai. takut rasanya. saya tiada di situ tetapi kawan - kawan yang bercerita. Mujur juga ramai di situ yang menolong. sedar balik tak berapa lama.. boleh bangun, Alhamdulillah. Kawan - kawan hantar ke hospital, kena warded. Alhamdulillah lepas 2 hari je warded dan sekarang telah kembali berkerja tetapi trauma masih ada. Actually yang lain pun trauma juga termasuk saya. Mulalah mencari-cari doa untuk elak penyakit misteri ni.

Sejarah Penyakit Angin Ahmar

Penyakit Angin Ahmar ialah penyakit mati sebahagian badan (lumpuh), yang biasanya datang dengan tiba-tiba dan sukar pula untuk diubati. Walau bagaimana pun dengan rahmat dan belas kasihan Allah s.w.t kepada hamba-hambaNya maka melalui Nabi Muhamad s.a.w umat Islam dikurniakan Doa yang sangat mustajab dan besar faedahnya bagi menjauhi penyakit tersebut di samping lain-lain penyakit berbahaya dan bala bencana.

Penyakit Angin Ahmar ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri, telah ada semenjak zaman Nabi Sulaiman a.s. Semasa baginda menerima mengadap segala rakyatnya termasuk segala jin, manusia dan binatang, tiba-tiba baginda merasa ujub atau bangga diri; dalam hatinya berkata siapakah makhluk Allah yang tidak mahu tunduk kepadanya.

Seketika itu juga menjelma satu makhluk seperti lembaga manusia, yang besar, gagah dan hebat serta garang. Nabi Sulaiman terkejut dan menggeletar lalu bertanya kepada lembaga itu siapakah dia, dan mengapa ia datang. Lembaga itu menjawab bahawa dia bernama Ar-Raihul-Ahmar (Angin Ahmar) iaitu penyakit yang amat berbahaya dari lain-lain penyakit. Ia diberi kuasa untuk mendatangkan kesakitan kepada anak cucu Adam, termasuk boleh meresap masuk ke dalam urat saraf dan darah, dan juga otak seseorang hingga hilang akal.

Nabi Sulaiman segera mengarahkan panglima-panglimanya agar membunuh Ar-Raihul-Ahmar itu; namun lembaga itu menjawab bahawa tiada sesiapa makhluk yang boleh membunuhnya, lalu segera menghilang. Angin Ahmar itu masih ada hingga zaman Nabi Muhamad s.a.w dan zaman kita sekarang. Pada zaman Nabi Muhamad cucu baginda iaitu Saiyidina Hassan bin Ali pernah terkena penyakit rongga dan keluar darah. Ketika itu turun Malaikat Jibril dan memberitahu baginda bahawa Hassan terkena penyakit Angin, lalu baginda bertanya adakah ubat penawarnya. Jibril menjawab ada lalu ghaib. Sebentar kemudian Jibril kembali dan memberitahu Rasulullah, bahawa Allah s.w.t telah mengurniakan Doa mustajab bagi sesiapa yang membacanya walau pun sekali seumur hidupnya. Baginda pun membaca doa ini; lalu dengan sebentar itu juga sembuhlah Saiyidina Hassan, boleh berdiri dan sihat walafiat. Rasulullah lalu menganjurkan kepada para sahabat agar mengajarkan Doa ini kepada umat Islam sekalian.

Mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar ini hendaklah berusaha mengamalkan membaca Doa ini seberapa kerap, terutama selepas solat. Setengah ulama menulis Doa tersebut dengan dakwat pada mangkuk atau pinggan putih; kemudian dibasuh dengan air lalu sebahagiannya diminum dan sebahagiannya disapukan pada anggota yang terkena penyakit tersebut. Yakini doa ini, kerana dengan keyakinan itu insya-Allah mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar itu akan segera sembuh, terutama bagi yang belum terlalu berat penyakitnya

Memadai kita amalkan sekali sepanjang hayat kita doa atau ayat seperti yang tertera di bawah. Namun jika berkesempatan masa lebih elok diamalkan selalu. 

Doa lengkap elak Angin Ahmar :
 
Maksud doa:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; dan denganNya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari Allah; dan kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi Allah; dan tiada Tuhan melainkan Allah; dan Allah Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut dan bimbang terhadap-Nya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya; segala pujian tertentu bagi Allah, sebanyak-banyak pujian. Dan Maha Suci Allah pagi-pagi dan petang-petang. Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan; dan dengan nama Allah yang menyihatkan; dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada memberi mudharat sesuatu apa jua di bumi dan di atas langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sesetengah dari Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.

Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan

Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) suratku ini dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifatMu yang sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kegagahan. Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi; wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi dan Dia tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari azab ke atas badan dan kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf.

Maha Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki sesuatu maka Engkau hanya mengatakan “Jadilah! Maka jadilah ia”. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; wahai Tuhan yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri dengan Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Tuhan yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Tuhan yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan yang Mencukupkan. Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang meng’afiatkan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan.

Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan, wahai Tuhan yang mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiriNya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke atas tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai Tuhan yang memerintahku, wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan.

Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang yang dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal.

Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang ke atas malam; wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap Syaitan yang sangat durhaka, wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil; wahai Tuhan sebaik-baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil, wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua), wahai Tuhan yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada orang-orang yang bertaubat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang mengasihi. Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan yang memerintah pada Hari Pembalasan.

Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan kepadaMu aku bertawakkal. Dan kepada-Mu aku gemar dengan apa yang ada di sisiMu. KepadaMu aku berharap dan hanya Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup dan penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah hitam.

Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya dan dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan segala maksiat dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan dari di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, dan gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih berganti atasnya oleh malam dan siang melainkan yang datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang tegak dan lurus. Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua aku bertawakkal, dan Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang Mewakili, sebaik-baik Pemerintah dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan tiada daya upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Dan cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan ucap selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan Pemerintah Seluruh Alam.


Terima kasih kepada yang berkongsi doa di atas. semoga kita terpelihara daripada penyakit angin ahmar dan semoga diberi kesihatan yang baik kepada kita semua

note: sebenarnya berkongsi benda baik ni taklah mudah..  contohnya nak post doa ni alahai banyak sungguh dugaan.. internet jadi slow skali tengok post sampai kat 10, delete la pulak.. image jadi tak tentu hala. dugaannn

Monday, October 15, 2012

GPS

dah lama tak jengah blog. as i said before memang akan bersawang ler blog.. nak kata busy tak la busy sangat.. tp busy la jugak. tapi yang sebenarnya ialah.. i'm really not good in writing! kalau masa sekolah, paling ngeri nak buat karangan tak kirala b.melayu ke inggeris. maybe kurang membaca hehe.

hari tu pergi wakaf che yeh. pegi follow orang, balik drive cari jalan sendiri. memang tak pernah gi sana memang ikut sign board semata. cuak juga. geram punya pasal, balik terus order online kat lelong. emm.. ni penyakit beli online ni memang tak abis la.. tapi macam murah kan.. masa beli RM195 tak masuk pos, sekali dah terima tengok balik iklan dia dah jadi RM175 uhuks! tak tau la apa beza dia. yang pasti beza harganya RM20. Gambarnya nampak sama.. functionnya pun macam sama.. tapi tak taula kan.. malas nak fikir sangat. dah rezeki.. redha ajelah.

tapi dah ada ni tak pulak gi jalan mana2. test gi ronda-ronda sini nampaknya macam oklah maps nye. tapi battery macam cepat abis jugak. tengokla someday ada kelapangan, poket penuh, bolehla jalan-jalan, insyaAllah


Wednesday, May 30, 2012

TInted

Dah 8 tahun lebih usia kereta, baru hari ni aku gi tinted. selama ni duk berpanas jela.. dulu2 mmg berhajat nak gi tinted tetapi mengenangkan nak menunggu sorang2 kat situ ishh malas tul. ni kedai ni kat bangunan byk kedai so sementara tunggu abis kedai2 sebelah aku masuk ronda. dah abis ronda pun tak siap lagi. duk termenung lg situ. tp ok gak masa pintu belakang tu tgk mcm tak perfect nampak gelembung pastu aku tegur la mamat tu. punya hampeh mamat tu kata "ada pulak inspector.." eehh mestilah..orang bayar.. pastu dia betulkan balik.. baru nmpk ok.. tapiiii bila kat umah cermin tingkap depan pulak aku nmpk cam ada gelembung skit.. gerammm je aku tengok. harga tinted RM210.. tak tau la cap apa tp waranty setahun. td masa balik ronda2 jap tak rasa panasla.. takla mcm sebelum ni rasa perit kulit.. Harap-harap ok la.. InysaAllah

ni alarm dah kat setengah tahun dah rosak.. kedai td nak bg RM140 yg paling murah.. lagi satu kedai pernah tanya dalam RM180.. nntla decide.. yg tak bestnya ialahhh... MENUNGGU!

Monday, May 28, 2012

Kelawar

Suatu malam satu ketika masa aku muda remaja.. sekolah menengah.. selalu tido pasang kelambu tapi malam tu rasa malas nak pasang. tetiba aku mimpi ular menjalar kat kaki. yang lebih dahsyatnya rasa macam real. macam betul2 ada. aku terjaga kemudian memang betul2 rasa ada menda merayap kat kaki dalam selimut. Ya Allah, takut sungguh masa tu. aku terus buang selimut. sekali lagi terkejut. ter'stunt', tergamam tengok kelawar!!! rasa macam tak logik langsung kelawar boleh masuk dalam selimut aku! apa lagi.. melompat aku dari katil terus kuar bilik.

Masa tu tak subuh lagi. aku duduk depan tv tak terkata apa. takut punya pasal. kelawar tu ada lagi kot dalam bilik aku takut nak tgk. sekali arwah ayah aku baru sudah mandi nak siap2 gi surau tgk aku duduk tercongok depan tv. pastu aku ckp ada kelawar. terkejut ayah aku. pastu aku tengok ayah aku tolak kelawar tu kuar rumah dengan penyapu. suara kelawar tu nyaring sungguh.. ish memang menakutkan sungguh masa tu.. tp sebab mengantuk aku boleh sambung tido lagi tu.. hehe memang kuat tido!


kalau comel macam ni takla takut sgt.. (takut gak kot)

hitam macam ni la kelawar tu.. tobat ngeri!! kekadang terfikir jugak, jelmaan jin syaitan ke ek?? mintak dijauhkanla, ya Allah..


**gambar dari google

Saturday, May 26, 2012

hari sabtu

keje hari ni.. plan before gi keje, nanti balik nak:

1. gi bank draw duit.. (duit gaji tak boleh langsung duk diam lama-lama skit dlm bank)
2. nak gi hantar upah jahit baju
3. gi kedai cari barang skit
4. cuci mata tengok kain kot2 ada english cotton yang corak dia cantik
5. buang screw kat tayar. dah seminggu screw tu mujur bocor halus tak kuar angin sgt.. tp semlm dah kena isi angin balik.. semlm kedai tutup

itu plan before gi keje.. sampai tempat keje.. angkat handbag mcm ringan je.. dah sudahhh.. bukak hbag.. memang sah! purse aku tertinggal!! cancel semua plan. mujurla pakcik polis trafik ke jpj ke tak de road block hari ni.. musim cuti sekolah ni kadang ada kat mana2 je.. abis keje, balik umah makan nasik.

aktiviti petang.. snap gambo kucing


my baby.. cheq masa umo 2 tahun
cheq dah umor 3 tahun lebih


kiki masa kecik.. ada orang bagi. dia jumpa tepi jalan basah kuyup


kiki dah besar.. baru 6 bulan




Wednesday, May 16, 2012

Doa Jodoh

mesti dah banyak kad undangan kahwin yang sampai ke rumah maklumla cuti sekolah dah tak lama.. pada yang akan berkahwin, selamat pengantin baru.. yang belum bertemu jodoh, cubalah amalkan doa di bawah
sumber: darussyifa.org 


dari fb rakan

Monday, May 14, 2012

Saturday, April 28, 2012

Zikir

masa berada kat Mekah dulu, on the way nak balik bilik selalu nampak sticker zikir “’subhaanallaah wabihamdihi subhaanallaahil azhiim". kat dinding kedai ada, dalam lif ada, kat tempat makan kat hotel pun ada.. Kemudian satu hari tu, sorang ustaz bgtau itu adalah zikir yang ringan diucapkan tapi sangat disukai oleh Allah. Balik sini, aku cuba surf internet tentang zikir ni.. bukan tak percaya ustaz tu tapi nak cari detail skit.. maklumla masa dengar tu kot2 ada yang tertinggal atau tersalah dengar.. so terjumpa kat website ni [link]

Abu Hurairah berkata, Rasulullah saw bersabda: “Ada dua kalimat yang ringan apabila diucapkan, akan tetapi sangat berat timbangan kebaikannya dan sangat disukai oleh Allah yang Maha Pengasih: ’subhaanallaah wabihamdihi subhaanallaahil azhiim, (mahasuci Allah dan dengan segala pujian kepadaNya, maha suci Allah yang Maha Agung,)” (HR. Bukhari Muslim).

Friday, January 20, 2012

Ikan puyu



Ikan puyu pulak dahhh... tapi rasa-rasa semua jantan.. nak kena cari yg betina

Anak udang n mak udang

Mak udang ni sekali je bersalin kulit since beli. yang male dah 4 kali. hari ni lama jugak duk bersidai outside of water.

update: mak udang dah mati pagi td (24/1/2012) uhukss!! ingatkan termenung pasal nak bersalin kulit.. dah ajal la pulak.. sedih sedih sedih

pic lama.. dah besar skit anak2 udang dalam 2 inci kot.