Pages

Sunday, October 10, 2010

Hobi baru

dah lama tak memblog.. since bz melayan hobby baru..

Start bulan puasa hari tu setelah membaca tentang ikan guppy, hobi baru tetiba muncul. maka berkunjungla aku ke kedai haiwan. kalau dulu gi kedai haiwan duk beli susu kucing.. ubat cacing kucing.. ni beli ikan la pulak.. first bacth, beli 3 ekor betina, sekor jantan. tak sampai seminggu padam semua.. pasal panas kot.. pasal nya aku letak kat luar.. pg2 time matahari naik mmg kena elok je.. tp dah cover ngan bidai jugak tu.. dah ajal la tu.. beli lagi.. mati lg.. dah batch ke 3 baru la sempat beranak.. pastu anak buah aku duk hendap kat mini akuarium tu.. dia tgh mkn nasik lauk kicap masa tu so nak jd citer nasik yg lekat kat jari tu jatuh dlm tu.. berebut2 ikan tu mkn nasik kicap, esok nya.. pas sekor..sekor mati.. tinggalla yg anak2 nya yg kecik2 tu.. nasib baik sempat alih sebelum tu.

Frust asyik mati je.. berenti jap.. pastu teringin lak bela ikan laga.. tahan lasak skit. alang2 bela nak la tgk dia membiak.. 1st try.. dah bertelur.. tp lps 3 hr tgk telur2 tu semua tenggelam.. tak jd ler tu. yg 2nd.. dah siap menetas.. leh nmpk dia nya fry turun naik ambik nafas.. yg the dad duk sibuk amik fry tu letak kat bubble balik.. ms tu mlm.. so ingat esok pg la alihkan daddy tu.. skali pg esok.. emmm dah licin.. sambil jg sambil makan ler tu si bapak ikan tu.. so 3rd try.. td pg baru menetas.. balik keja ni nnt tak tau ler selamat ke 'selamat' dimakan.. mintak2 la selamat anak2 ikan tu..

balik citer guppy.. bila dah asyik mati.. mak aku kt aku mmg tak sesuai beli guppy.. bukan pembiak guppy.. pembunuh guppy hehe.. so aku ckp, ni last.. nak cuba bela dlm pasu pulak.. apa lagi.. duk selongkar stor mak aku.. jumpa 1 pasu yg takde lubang.. esok balik keja terus gi beli guppy.. so far nampak guppy2 tu senang hati je.. duk main kejar2.. siap buat bubble pastu kejar2 buble tu.. hehe puas hati aku. Weekend hari tu beli la 1 pasu besar, siap beli pokok teratai. beli lg 4 ekor guppy.. seronok tgk diorang main2 kat bwh2 daun pokok tu.. jgn mati udah ler...

Wednesday, July 28, 2010

Hobi

Cerita pasal hobi.. hobi aku sentiasa tukar-tukar..ikut musim... antara hobinya..
1. jahit manik :: hobi lama ni.. time tgh org giler manik, kita pun sama. abis segala pattern yang berbelit, yg senget, berpintal, bunga2 abis semua dicuba.. tp bila dah jadi emm stop ler.. siap ajar member2 tu.. free je.. melambak2 manik tak abis

2. ribbon embroidery:: ni pun sama.. tgk pic2 kat internet yg lawo2 tu mula la gian nak buat. segala alat nak guna aku beli.. tapi sama la mcm manik tadi.. dah siap satu, dah stop hehe

3. mengumpul resepi:: yg ni mmg selalu nak2 time2 nak puasa, tgh puasa.. mulala start mencari, menyimpan resepi.. cubanya jarang2 sekali. tp at the end, resepi yg lama2 tu juga yg duk buat

4. yg terkini, mengambil gambo:: siap beli dslr tu.. geram tgk pic orang ambik cantik-cantik, kita pun teringin sama..

5. hobi dari dulu sampai skrg :: mengadap pc.. meng'google'. semua hobi2 kat atas tu atas pertolongan google. semua belajar kat internet.. lagi satu hobi, tido!

Tuesday, July 20, 2010

Umrah Ziarah Part 5 :: Makkah

12/6/2010
Perjalanan dari Madinah ke Makkah mengambil masa lebih kurang 8 jam.
macam ni la permandangan luar bas sepanjang perjalanan dari Madinah ke Mekah. Bayangkan zaman Rasullullah S.A.W dulu, dalam cuaca yg sgt ekstrem, ambil masa lebih kurang sebulan dengan hanya berjalan kaki dan unta.. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W













Berihram di Bir Ali. dalam perjalanan, berhenti kejap di kedai makan, makan nasi ayam (ntah ada org kata nasi mandi). Sedap jugak..

Tiba di Makkah dah kat pukul 6 tiba di hotel Qasr Al Qamar..jarak dalam 100m ke Masjidil Haram.. Malam tu kami di bawa ke Masjidilharam utk sempurnakan ibadah umrah. Masa nak masuk tu.. ya Allah.. takutnya.. mengenangkan dosa yang byk ni.. Allah terima ke ni.. takutnya kalau2 tak nampak kaabah ke.. berdebarnya tak usah cerita.. b4 pergi hari tu ustaz cerita, ada org yg tak nmpk kaabah.. lepas solat taubat barulah nampak. Masuk2 je dalam masjid.. Alhamdulillah.. nampak Kaabah dengan mata sendiri.. syahdu rasanya.. dengan dosa yang byk, amalan pun kurang, Allah masih memberi peluang datang ke sini.. Alhamdulillah.. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Cuaca kat Mekah pun panas.. tp kurang skit dari Madinah.. pasal skrg ni mmg musim panas.. tapi org tetap ramai.. selama kat sini, merasa jugakla berdarah hidung.. selama ni tak pernah dlm sejarah. panic jugak la..






































13/6/2010
Melawat jabal Thur, Arafah, Mina, Mudzdalifah, Jabal Nur.. niat umrah ni Jaaranah




















14/6/2010
ikut jadual, niat umrah di Hudaibiah.. tak pergi hari ni.. Sakit perut.. ingatkan aku sorang je sakit perut, rupanya ahli rombongan ramai jugak yg kena.. ada yg kena dari Madinah lg.. maybe tak biasa dgn cuaca ke apa pun tak tau la..

15/6/2010
niat umrah di Taneem.. dlm perjalanan mutawwif cerita pasal masjid sajarah (masjid pokok) dan masjid Jin. kisahnya masa zaman Rasulullah s.a.w, semasa baginda dlm perjalanan, baginda bertemu dgn sekumpulan Jin. Baginda mengajak jin tersebut masuk Islam. kemudian jin2 itu memberi syarat, sekiranya baginda s.aw mengalihkan sebatang pokok (yg ada kat tapak masjid tu sekarang) ke tempat jin itu (tapak masjid jin sekarang), mereka akan masuk Islam. Kemudian Nabi s.a.w meminta pokok itu dtg, dgn kuasa Allah, pokok tu berjalan dan pergi ke tempat jin itu. kemudian Nabi s.a.w mengarahkan pokok itu kembali ke tempat asal.. demikian citer nya.. err kalau tersilap pemahaman aku masa mendengar, dan sewaktu menulis ni.. harap ada yang perbetulkan..

16/6/2010
Malam last di Makkah.. menunaikan ziarah wada.. semoga dijemput lagi oleh Allah Taala dan diberi rezeki serta dipermudahkan untuk datang kembali ke Makkah ini lagi dengan kesihatan yang baik. bertolak ke Jeddah malam tu ke Istanbul. transit dari sana ke s'pore..

17/6/2010
Berlepas ke Istanbul.. stay jap kat hotel transit.. Hotel Four Season. Flight malam kul 11 lebih.

Lunch last kat Istanbul.. sedap!


18/6/2010
Tiba di s'pore kul 3.30 ptg.. flight ke KL kul 7.00. sampai KL kul 8.00, adik dah siap tunggu nak balik ke Trg.. Tiba rumah kul 4.00 pg.

Monday, July 19, 2010

Umrah Ziarah part 4 :: Madinah

10/6/2010-12/6/2010
Menginap di hotel dallah Taibah.. dekat je dgn masjid Nabawi. Keluar je hotel, seberang jln dah sampai.. kira terus masuk pintu no 25.. Tapi nak masuk masjid tak boleh bawak kamera.. hp ada kamera pun tak boleh. dia nye security ketat sungguh. abis di cek segala before masuk. buat leceh je.. so nak senang tak payah byk citer tak payah bawak.. Cuaca kat sini sangat la panasnya. Keluar2 je dari hotel, terasa bahang macam duk kat depan unggun api. Itula dia.. baru panas dunia.. dah tak tahan. Semoga terpelihara dari panas akhirat.

Kat Raudhah pulak.. tak payah la citer.. have to experience sendiri..

antara tempat yang dilawati.. Masjid Qiblatain takde pic..

Masjid Quba


Medan Perang Khandak
Masih ada lg kesan parit di sebelah masjid tu. Snap pic dari dlm bas je.. tak sanggup nak keluar. panasss


jabal Uhud.. menurut mutawwif, bukit yg rendah tu tempat org memanah duduk waktu perang uhud.. err baca la ek sejarah perang uhud.. masa tu Nabi S.A.W cedera sehingga ada yang mengatakan baginda telah wafat ketika itu.


Kat sebelah luar Makam Nabi S.A.W



Selepas ziarah wada'.. kami bertolak ke Makkah lebih kurang pukul 9.00 pg.. Bila la dapat pergi lagi ke Madinah.. Semoga Allah permudahkan untuk datang lagi ke sini.

Monday, May 24, 2010

Wau punya cerita

Musim - musim orang main wau ni kdg2 dtg hangat hati gak. bukan apa.. duk main wau dekat dgn umah orang. time nak naikkan wau tu yela kan tak semua naik smooth je.. pusing2 gedebuk jatuh atas atap.. mau tak angin. nak2 tgh tido plak tu (yes.. hobi aku tido petang kui kui) tp kalau tak tido pun geram gak.. atap umah tu bukan buat dari besi.. bukan atap genting. wau tu kalau kecik2 takpela jugak.. ni lg tinggi dari tuan, lebar lagi besar dari sedepa apa kes.. mau pecah atap!


*pic sebelah tu gambar hiasan semata tak ada kena mengena dgn budak2 yg main wau kat umah aku. yang kena cuma bentuk wau yg mcm tu la yg budak2 duk main kalau layang2 tu takpe la jugak. cubala cari port yg sesuai yg jauh dari rumah org kot ye pun nak main.