Pages

Tuesday, July 20, 2010

Umrah Ziarah Part 5 :: Makkah

12/6/2010
Perjalanan dari Madinah ke Makkah mengambil masa lebih kurang 8 jam.
macam ni la permandangan luar bas sepanjang perjalanan dari Madinah ke Mekah. Bayangkan zaman Rasullullah S.A.W dulu, dalam cuaca yg sgt ekstrem, ambil masa lebih kurang sebulan dengan hanya berjalan kaki dan unta.. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W













Berihram di Bir Ali. dalam perjalanan, berhenti kejap di kedai makan, makan nasi ayam (ntah ada org kata nasi mandi). Sedap jugak..

Tiba di Makkah dah kat pukul 6 tiba di hotel Qasr Al Qamar..jarak dalam 100m ke Masjidil Haram.. Malam tu kami di bawa ke Masjidilharam utk sempurnakan ibadah umrah. Masa nak masuk tu.. ya Allah.. takutnya.. mengenangkan dosa yang byk ni.. Allah terima ke ni.. takutnya kalau2 tak nampak kaabah ke.. berdebarnya tak usah cerita.. b4 pergi hari tu ustaz cerita, ada org yg tak nmpk kaabah.. lepas solat taubat barulah nampak. Masuk2 je dalam masjid.. Alhamdulillah.. nampak Kaabah dengan mata sendiri.. syahdu rasanya.. dengan dosa yang byk, amalan pun kurang, Allah masih memberi peluang datang ke sini.. Alhamdulillah.. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Cuaca kat Mekah pun panas.. tp kurang skit dari Madinah.. pasal skrg ni mmg musim panas.. tapi org tetap ramai.. selama kat sini, merasa jugakla berdarah hidung.. selama ni tak pernah dlm sejarah. panic jugak la..






































13/6/2010
Melawat jabal Thur, Arafah, Mina, Mudzdalifah, Jabal Nur.. niat umrah ni Jaaranah




















14/6/2010
ikut jadual, niat umrah di Hudaibiah.. tak pergi hari ni.. Sakit perut.. ingatkan aku sorang je sakit perut, rupanya ahli rombongan ramai jugak yg kena.. ada yg kena dari Madinah lg.. maybe tak biasa dgn cuaca ke apa pun tak tau la..

15/6/2010
niat umrah di Taneem.. dlm perjalanan mutawwif cerita pasal masjid sajarah (masjid pokok) dan masjid Jin. kisahnya masa zaman Rasulullah s.a.w, semasa baginda dlm perjalanan, baginda bertemu dgn sekumpulan Jin. Baginda mengajak jin tersebut masuk Islam. kemudian jin2 itu memberi syarat, sekiranya baginda s.aw mengalihkan sebatang pokok (yg ada kat tapak masjid tu sekarang) ke tempat jin itu (tapak masjid jin sekarang), mereka akan masuk Islam. Kemudian Nabi s.a.w meminta pokok itu dtg, dgn kuasa Allah, pokok tu berjalan dan pergi ke tempat jin itu. kemudian Nabi s.a.w mengarahkan pokok itu kembali ke tempat asal.. demikian citer nya.. err kalau tersilap pemahaman aku masa mendengar, dan sewaktu menulis ni.. harap ada yang perbetulkan..

16/6/2010
Malam last di Makkah.. menunaikan ziarah wada.. semoga dijemput lagi oleh Allah Taala dan diberi rezeki serta dipermudahkan untuk datang kembali ke Makkah ini lagi dengan kesihatan yang baik. bertolak ke Jeddah malam tu ke Istanbul. transit dari sana ke s'pore..

17/6/2010
Berlepas ke Istanbul.. stay jap kat hotel transit.. Hotel Four Season. Flight malam kul 11 lebih.

Lunch last kat Istanbul.. sedap!


18/6/2010
Tiba di s'pore kul 3.30 ptg.. flight ke KL kul 7.00. sampai KL kul 8.00, adik dah siap tunggu nak balik ke Trg.. Tiba rumah kul 4.00 pg.

No comments:

Post a Comment