Pages

Wednesday, May 30, 2012

TInted

Dah 8 tahun lebih usia kereta, baru hari ni aku gi tinted. selama ni duk berpanas jela.. dulu2 mmg berhajat nak gi tinted tetapi mengenangkan nak menunggu sorang2 kat situ ishh malas tul. ni kedai ni kat bangunan byk kedai so sementara tunggu abis kedai2 sebelah aku masuk ronda. dah abis ronda pun tak siap lagi. duk termenung lg situ. tp ok gak masa pintu belakang tu tgk mcm tak perfect nampak gelembung pastu aku tegur la mamat tu. punya hampeh mamat tu kata "ada pulak inspector.." eehh mestilah..orang bayar.. pastu dia betulkan balik.. baru nmpk ok.. tapiiii bila kat umah cermin tingkap depan pulak aku nmpk cam ada gelembung skit.. gerammm je aku tengok. harga tinted RM210.. tak tau la cap apa tp waranty setahun. td masa balik ronda2 jap tak rasa panasla.. takla mcm sebelum ni rasa perit kulit.. Harap-harap ok la.. InysaAllah

ni alarm dah kat setengah tahun dah rosak.. kedai td nak bg RM140 yg paling murah.. lagi satu kedai pernah tanya dalam RM180.. nntla decide.. yg tak bestnya ialahhh... MENUNGGU!

Monday, May 28, 2012

Kelawar

Suatu malam satu ketika masa aku muda remaja.. sekolah menengah.. selalu tido pasang kelambu tapi malam tu rasa malas nak pasang. tetiba aku mimpi ular menjalar kat kaki. yang lebih dahsyatnya rasa macam real. macam betul2 ada. aku terjaga kemudian memang betul2 rasa ada menda merayap kat kaki dalam selimut. Ya Allah, takut sungguh masa tu. aku terus buang selimut. sekali lagi terkejut. ter'stunt', tergamam tengok kelawar!!! rasa macam tak logik langsung kelawar boleh masuk dalam selimut aku! apa lagi.. melompat aku dari katil terus kuar bilik.

Masa tu tak subuh lagi. aku duduk depan tv tak terkata apa. takut punya pasal. kelawar tu ada lagi kot dalam bilik aku takut nak tgk. sekali arwah ayah aku baru sudah mandi nak siap2 gi surau tgk aku duduk tercongok depan tv. pastu aku ckp ada kelawar. terkejut ayah aku. pastu aku tengok ayah aku tolak kelawar tu kuar rumah dengan penyapu. suara kelawar tu nyaring sungguh.. ish memang menakutkan sungguh masa tu.. tp sebab mengantuk aku boleh sambung tido lagi tu.. hehe memang kuat tido!


kalau comel macam ni takla takut sgt.. (takut gak kot)

hitam macam ni la kelawar tu.. tobat ngeri!! kekadang terfikir jugak, jelmaan jin syaitan ke ek?? mintak dijauhkanla, ya Allah..


**gambar dari google

Saturday, May 26, 2012

hari sabtu

keje hari ni.. plan before gi keje, nanti balik nak:

1. gi bank draw duit.. (duit gaji tak boleh langsung duk diam lama-lama skit dlm bank)
2. nak gi hantar upah jahit baju
3. gi kedai cari barang skit
4. cuci mata tengok kain kot2 ada english cotton yang corak dia cantik
5. buang screw kat tayar. dah seminggu screw tu mujur bocor halus tak kuar angin sgt.. tp semlm dah kena isi angin balik.. semlm kedai tutup

itu plan before gi keje.. sampai tempat keje.. angkat handbag mcm ringan je.. dah sudahhh.. bukak hbag.. memang sah! purse aku tertinggal!! cancel semua plan. mujurla pakcik polis trafik ke jpj ke tak de road block hari ni.. musim cuti sekolah ni kadang ada kat mana2 je.. abis keje, balik umah makan nasik.

aktiviti petang.. snap gambo kucing


my baby.. cheq masa umo 2 tahun
cheq dah umor 3 tahun lebih


kiki masa kecik.. ada orang bagi. dia jumpa tepi jalan basah kuyup


kiki dah besar.. baru 6 bulan




Wednesday, May 16, 2012

Doa Jodoh

mesti dah banyak kad undangan kahwin yang sampai ke rumah maklumla cuti sekolah dah tak lama.. pada yang akan berkahwin, selamat pengantin baru.. yang belum bertemu jodoh, cubalah amalkan doa di bawah
sumber: darussyifa.org 


dari fb rakan

Monday, May 14, 2012