surf punya surf internet, terjumpa resepi yang saya rasa cam ok.. lepas tu cuba lagi sekali. Alhamdulillah menjadi dan saya n family boleh makan la.. dan sedapp.. Thank you pada tuan punya resepi puding. Kek saya ambik dari resepi orang lain. Guna mix sponge je. Dulu rasa cam tak best je guna tepung yg dah ready ni.. cam tak adventure kononnya... tp bila dah buat, eh senangnya... rasa nya buat jemput2 lagi cerewet. so, lepas ni saya guna tepung yang dah ready tu jela.. senang!
Kek Span
Bahan A:
250 g tepung kek span
4 biji telur
60 ml susu cair/air
perasa pandan (saya suka rasa vanilla je)
1/2 sudu besar ovellete
Bahan B:
60ml minyak
Cara:
masuk semua bahan A, pukul sampai kembang. Kemudian masuk B, gaul kaup balik sampai sebati. Kemudian bakar.
*saya terbaca tips, tak payah gris dgn mentega ke tepung kat tepi dulang, guna je kertas minyak supaya kek tak turun. Tapi memang senangla pakai kertas tu, nak tarik kuar kek tu senang, tarik je kuar kertas, kuarla kek tu.
Kastad Pandan:
Bahan A.
180 gm gula castor
500 gm air daun
pandan
10 gm halal instant
jelly powder
Bahan B
400 ml santan
85 gm tepung hoen
kwee
1 sudu teh pewarna
hijau
Secubit garam
Hiasan : 1/2 cawan
kelapa kering
Campur Bahan A ke
dlm periuk, masa atas api sederhana dan kacau.
Apabila mendidih
masukkan pula bahan B. Kacau hingga pekat.
Angkat dan kacau
sehingga suam.
kemudian, layer la atas kek yang di bahagi 2-3.
Masuk dalam peti, sejukkan
kemudian boleh hias dengan kelapa kering