Pages

Thursday, March 31, 2011

Anak ikan laga

cubaan nak biakkan ikan laga halfmoon kaler biru hari tu tak menjadi.. duk sibuk buat buih je kerjanya. even sekarang pun duk gila buat buih. bagi awek tak nak pulak. lantaklah situ.

kali ni yang transparent pulak.. yang ni ok skit. dulu badan dia byk putih tompok2 biru, sekarang sisik dia semua dah tukar biru tapi siripnya masih putih dan transparent.. telur2 dah menetas pun.. byk jugak tu







telur - telur yang baru dilepaskan


couple yang sweet


bz.. jaga telur


loving dad


selepas 2 hari, telur mula menetas


sweet family :)

Rose sweet rose






Pergi penang hari tu sempat jugak pergi roadwalk (lorong kulit). Rumah sewa dulu kat area ni la.. murah - murah betul buah-buahan kat sini. epal RM10 dapat 16 bijik.. kecik sikit la.. tp ok la.. sini tak dapat ler harga tu.

ternampak pulak pokok bunga rose.. cantik pulak tu.. RM10 pokok tu dia campur 3 kaler. beli la apa lagi.. dulu pernah beli kat cameron highland. lepas sebulan, mati.. gaknya masa tu lambat tukar tanah. ni dah sampai sini mak dah tukar masuk dalam pasu lain. so far so good.. tak nampak layu.. ok la kot..

nampak cantik je bunga tu. geram nak snap-snap pic.. hobi aku snap pic je bukan gardening :)

Friday, March 25, 2011

Konvo USM ke-43

pergi konvo anak buah kat USM transkerian. lama betul tak pergi penang. pejam celik dah 3 tahun lebih since tukar balik kampung. sekejap je pergi. makan char kue teow pun tak sempat apatah lagi nak beli jeruk kat chowrasta ke feringghi ke.. pesalla usm ni buat hujung cuti sekolah.. lainkali buatla awal cuti sekolah boleh la jalan2 skit.

time konvo hari tu dahla tak boleh masuk, ingatkan ada la tv kat luar so bolehla tgk aktiviti dalam kat dalam dewan.. emmm takde pun.. patut letakla satu.. orang datang jauh - jauh takat nak tgk pakai jubah je kurang bestla.. lagi pulak bawak budak-budak.. kalau diorang tgk org ambik degree atas stage tu mana lah tau kan kot boleh jadi pembakar semangat.
pelan nak pergi usm transkrian

pergi hari tu turun ikut tol jawi. kadang tgk peta ni pening jugak.. pasal on paper nye lain yang real nya lain. dalam peta nmpk straight line tp yang sebenarnya selekoh ke kiri.. so tengok ajelah signboard kat tepi jalan insyaallah jumpa.

penang bridge

Ikan Molly


beli ikan molly la pulakkk.. pantang pergi kedai haiwan ada je yang berkenan.. dah seminggu lebih jugak beli. 3 ekor je. 2 ekor putih sekor hitam. yang bestnya hari ni beli, esok dah beranak. banyak jugak tu. ikan guppy pun dah beranak cuma neon tetra je tak tau. harap2 dalam byk2 anak ikan tu ada la anak ikan neon tetra

guppy yang dalam pasu dah mati semua semlm. hari tu lepas letak ubat tu dah ok.. tapi since hari selasa tu nmpk badan ikan2 tu dah ada balik putih-putih tu.. dan semalam balik keja tgk semua dah padam.. emm tak pjg umur jugak... dah la comel-comel.. sayang betul

lobster tu pulak.. habis dikerjanya pokok-pokok dalam aquarium.. suka makan tumbuhan jugakla lobster ni.. nnt nak tanam kangkung pulak dalam tu. Kucing suka benar duk kat tepi aquarium tu tunggu lobster tu la..

ni pulak halfmoon yang baru.. cantik betul.. sirip dia transparent

Wednesday, March 9, 2011

Lobster Air Tawar



Sedih pasal anak kucing tak hilang lagi.. ikan guppy sepasu kena penyakit.. dari belas-belas ekor, tinggal dalam 5 ekor je. tu pun yang kecik2.. yang besar, yang nak beranak semua mati.. yang tinggal tu tak tau la boleh survive ke tidak. tension... tension.. tapi pic kat atas tu yang dalam aquarium, bukan yang dalam pasu

Petang semalam pergi kedai haiwan cari ubat untuk letak dalam pasu tu.. skali nampak lobster air tawar.. mcm menarik je.. beli sepasang. RM5 sekor..

lagi sekor ada kat belakang

Tuesday, March 8, 2011

Dukacita

Hari ni rasa sangat sedih. Semalam balik kerja, takde anak kucing yang datang sambut. Ingatkan dia tidur mana -mana.. Lepas asar, pun takde lagi. Cari -cari sampai maghrib pun tak jumpa - jumpa. Anak buah datang, tanya nampak tak.. then dia kata, dia nampak anak kucing tu dah mati depan rumah petang tadi. Dia tunjuk kat mana.. tapi takde pun kat situ. Dia kata maybe orang dah buang. Luluh rasa hati.. rasa nak nangis lagi pagi ni

Saturday, March 5, 2011

Doa


Terpandang doa yang di tag oleh rakan kat facebook dia.. doa semoga segara cepat jodoh.

Kat Halaqah tv9 hari tu tajuk "Password Doa". Ustaz tu kata (lupa la nama ustaz tu) antara password nya ialah Y2K. Yakin 2 benda iaitu..
  1. Yakin Allah Maha Mendengar doa kita
  2. Yakin Allah akan makbulkan doa kita
  3. K = Khusyuk ketika berdoa
dan dengan adab - adab doa..

Antara waktu - waktu yang mustajab doa (yang aku ingat je la..)
  1. Masa hari hujan
  2. Ketika sujud
  3. Orang sedang musafir
  4. Pada waktu 1/3 akhir malam
  5. Orang yang berpuasa
  6. Hari Jumaat
  7. Antara azan dan iqamat
dan banyak lagi tapi aku lupa.. moralnya lainkali bawakla pen dan kertas boleh jugak catat apa yang patut


Lagi doa yang penting.. supaya diri sendiri dan keturunan mengerjakan sembahyang :: Ayat 40 Surah Ibrahim..


Selamat Beramal..

Thursday, March 3, 2011

Neon Tetra

asyik lari - lari je nak ambik gambar.. dahla lagi kecik dari guppy..

Masa beli ikan laga en. biru itu hari, terpandang ikan neon tetra.. cantik betul duk dalam aquarium kat kedai tu.. bersinar - sinar.. apa lagi.. beli la 5 ekor. tapi tak kenal male ke female.. tanya budak yang kerja kat situ pun kata tak tau.. so ambik je la mana2..

mula ingatkan dia membiak macam guppy (beranak) rupa - rupanya mcm ikan laga.. kena spawning and bertelur.. emm kurang la harapan nak membiak.

Koleksi Guppy

Ni la antara koleksi guppy.. payah tul nak ambik pic. dah la aquarium tu berdebu skali pasal letak tanah kat dalam tu..

Ikan Laga

Sian tengok ikan laga yang female tu dah lama membujang.. partner dia dulu dah mati.. so aku decide beli lagi sekor yang male..

ni lah dia hero yang baru.. RM8. ni tak tau la yang ke 3 kot lepas partner dia yang asal tu mati. pernah sekali beli yang halfmoon warna oren2 skit.. sehari je mati dikerjakan si mem. ganas jugak mem tu. Lepas tu beli lagi sekor.. yg tu pulak jenis tak mau kahwin.. dah kenal - kenal pun tak nak spawning. last - last mati.. ada penyakit kot.

Pertama kali berkenalan.. ngorat - ngorat dulu

Ni lah cik merah. Jalur putih vertical tu.. orang kata kalau macam tu maknanya dia nak bertelur


dah hampir berjaya mengorat

siap koyak - koyak sirip duk tayang hensem



buat buih.. dah ready la tu



lepas 3 hari berkenalan, dah start spawning..

tapi... en. biru tu tak pandai la.. yang mem tu tak bertelur lagi dia dah halau.. duk jaga buih dia ingat buih - buih tu telur. sian cik merah telur mcm nak keluar tp tak keluar-keluar. yg si en biru tu duk halau. last - last terbertelur jugak sekor dia. tp yang magic nya cik merah tu tak makan telur-telur dia.. dia angkut bawak naik atas.. geram pulak tengok si en biru tu.. cik merah angkut bawak naik atas dia pergi ambik makan pulak. tak guna punya jantan. kiranya tak menjadi jugakla proses spawning..